Sunday 26 August 2012

Tika Semangat Raya menjelma

Assalamualaikum semua...

dah raya keenam baru sebetulnya semangat untuk beraya dan bertandang kerumah rakan-rakan menjelma..

dan pada hari jumaat yang lepas... ain bersama rakan-rakan, sikembar hamizah dan hafizah hussin serta filzah bertandang (baraan) kerumah beberapa rakan sekolah yang ada dirumah...

rumah pertama bermula dengan rumah ain dimana exitednye mereka melihat kucing2 yang tetiba menjadi tidak malu kepada manusia... lepas makan kami pergi kerumah teman lama yang terputus hubungan, pak lah...

edisi menerjah membawa kami kerumah Fakrullah Azizi,


dah lama lost contact dgn pak lah nie,fb pon die dh stop and then kbetulan past 2 year or thn lepas kot g raye rumah die,tu yg taw ktne rumah dia..

selepas itu, kami terjah pula rumah Hafis Sidek, dlm pkul12 tgahari... lama jugakla kat rumah dia wlaupun rancang nak singgah kejap je..


and then kami beraya rumah Filzah sementara tunggu adik2 semayang jumaat... nak pencen dah Wak Leman nie...


next rumah hakim.... skandal zaman sekolah ami... masih tak dapat beza mana 1 skandal... ssh jugak muka sama nie kan? huhuhuhu, sabar jela.........


selepas dirumah Hakim, kami beraya kerumah Sarah pula.. nie betul2 lama x jumpa... last mase tingkatan3 dulu.. kiralah dah bape tahun...

SAJA BUAT MUKA,

lepas ke rumah Sarah kami terus ke rumah mustamin yang terletak di rawang, sampai sana lebih kurang 30minit, dapatla sejam lebiih beraya dan bjumpa...



then, around 7pm kami pun bergerak ke rumah sikembar, rumah terakhir di bukit sentosa... pulang dlm pkul 9pm...

beraya bukan sekadar mahu duit raya, tapi jua supaya dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, mohla kita layan beberapa gambar ketika beraya dirumah orang, lihat telatah mereka....

















DI RUMAH INILAH KAMI DIPERTEMUKAN DAN MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM YANG TERBINA......

RINDU MEMORI LAMA, RINDU SEKOLAH!!!!

TERIMA KASIH SEMUA KERANA HADIR KALIAN MENCERIAKAN, MEWARNAI HARI HARIKU....

Sunday 19 August 2012

RAYA DATANG LAGI

Assalamualaikum dan salam sayang dr saya...



alhamdulillah... menjelma jua hari raya aidilfitri yang semestinya merupakan hari kemerdekaan yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat islam tak kira tua, muda, dan budak kecil semestinya...

seantero dunia menantikan syawal tetapi ternyata cara sambutan perayaan disetiap negara islam berbeza sama sekali... ada sumber menyatakan di mesir sambutan pada bulan ramadhan amat meriah dan mereka menyambut syawal secara sederhana dan ternyata berbeza dengan tradisi yang dilakukan oleh rakyat malaysia dimana jemputan rumah terbuka disana sini samaada oleh sahabat andai, jiran tetangga mahupun saudara mara.

semestinya syawal amat dinanti nantikan oleh kanak kanak kerana ketika itulah mereka dapat 'menjana pendapatan' dengan hanya mengikut ibu bapa dan merajinkan diri menziarahi sahabat andai sesama islam..

bila dah berumur 21 tahun ni, rindu rindu rindu sangat pulak dengan suasana beraya dikampung suatu ketika dahulu, dijamu dengan pemandangan sawah padi dan bayu yang melentokkan alunannya. sehari atau dua hari sebelum raya akan membantu atuk dan nenek menganyam ketupat, mengacau dodol, mengemas rumah, mengisi kuih raya dan menyediakan kelengkapan untuk raya seperti cawan dan mangkuk. pada pagi menjelang raya pula akan segera siap berbaju raya dan menolong nenek di dapur untuk menanti kehadiran ayah dan atuk pulang dari sembahyang raya, sebelum makan kami akan bersalam dan bermaafan disamping dapat duit raya. SEMANGAT RAYA TU AMAT BERLAINAN DENGAN SEKARANG ingat lagi dikala waktu itu, kalau dapat duit raya RM2 tu memang boleh cakap pakcik tu kaya dan pemurah betul la..

ternanti juga waktu menerima kunjungan 'baraan' orang orang kampung lelaki atau perempuan.  lepas je mereka datang nak sertai jugak baraan and then start moto atuk p satu rumah ke rumah yang lain. teringat lagi, tuan rumah walaupun sudah agak uzur, mahu juga menjamu dan menerima kunjungan orang kampung dengan tujuan untuk merapatkan silaturahim antara mereka, dah biasala kalau dapat duit raya cuma 20sen tu, tidak pula pernah terfikir makcik tu kedekut ke apa sebab bila melihat keadaan keuzuran tu rasa tak mampu tangan mahu menadah menerima duit raya walaupun cuma 20sen. berlainan pula dengan budak zaman sekarang, bila diberikan duit raya RM2 blh pulak cakap '2 ringgit aja' sangatlah tidak sopan. mungkin sudah terbiasa dengan wang besar yang sering ditunjukkan kepada mereka.

berbalik pada isu duit raya, ia merupakan adat yang diambil dari budaya orang cina yang dipanggil 'angpow' konsep yang kita gunakan disini adalah tuan rumah berniat memberikan sedekah dan 'sedikit kegembiraan' kepada tetamunya setelah sebulan melawan nafsu pada bulan ramadhan..

sambutan raya tahun ni agak sederhana dan kurang sikit rasa kemeriahannya krn disinilah rumah dan disinilah kampung sejak atuk sakit dan nenek meninggal 5 tahun lepas, hanya menanti kunjungan rakan taulan.... adik beradik ibu pun dah menjadikan rumah ni sebagai kampung mereka...

bila difikirkan, kasihan pula dengan kanak2 yang lahir pada tahun 1995 keatas kerana mereka tidak merasa 'sebenar2nya' raya seperti satu ketika dulu.


sekian saja dari saya,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT RAKAN RAKAN SEMUA SAMAADA YANG PERNAH BERSUA MUKA MAHUPUN TIDAK
DIHARAPKAN SEGALA SALAH SILAP SAYA, TERGURIS RASA DARI SEGI PENULISAN MAHUPUN  LISAN DAPAT DIMAAFKAN
 AMPUN DAN MAAF DIPINTA,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433


notakaki: gambar raya takde sebab baju raya pun tak siap lagi... sob s0b sob.....

Sunday 12 August 2012

Kesan Memakan Ubat tanpa nasihat doktor



Assalamualaikum semua...

entry kedua untuk bulan ogos nie kita akan review sikit pasal kesan makan ubat ubatan tanpa nasihat dan rujukan dari doktor tak kesahla ubat tu tujuannya untuk suplemen  tambahan ke, untuk diet ke, untuk demam ke tapi kalau makan tanpa nasihat doktor pasti ada kesannya...

perasan tak anda sesetengah iklan ubat ubatan ada menulis kecil dibawah iklan or cakap yang pengambilan ubat mereka itu dengan nasihat doktor or 'dapatkan nasihat doktor' ... rupa-rupanya kita memang kena pandang serius dengan setiap perkara yang diisi dalam tubuh badan kita.

terkini kementerian kesihatan telah mengeluarkan info yang sakit sendi merupakan penyakit kedua terbesar yang menyerang kaum wanita selepas barah payudara. bahaya bukan... penyakit sendi ni boleh menyerang kaum wanita seawal 18 tahun... MUDA kan?


bila dengar je info yang dikeluarkan kementerian kesihatan time warta berita RTM dulu rasa tak sedap hati jugak sebab time tu tga ambil satu pil tanpa nasihat doktor... dan kadangkala ada rasa sakit sakit kat urat.. bengkak tiba tiba, dan bahagian yang selalu kena kat siku dan pergelangan tangan disamping dekat lutut.. dah macam orang tua sakitnya heh...

then p tanya pakcik Google and pakcik google pun bagitawla peringkat sakit sendi nie and punca - punca bagaimana penyakit nie boleh terjadi dan menyerang ramai kaum wanita di Malaysia nie.


Skroll untuk taw punca sakit sendi and pelbagai lagi laman yang memaparkan perkara yang sama


 dan yang terakhir ada mention pasal ubat ubatan.... ia menguatkan sangkaan yang sebenarnya dah ade sakit sendi... tak lama lepas tu g umah member and cakapla pasal ubat untuk diet yang dimakan tu and dia story selepas dipaksa yang dia pernah admitted hospital puncanya dengan ubat yang sama.... then makcik dia yang bkerja sbgai doktor di kemeterian kesihatan tu pun nasihatkan jgn makan ubat yang sama sebab ubat tu tak dapat apa apa kelulusan dr kementerian kesihatan itu sendiri...


after that trus stop makan ubat tu lagipun bulan puasa nak menjelma dan taknak disebabkan ubat tu tak dapat puasa pulak dan strt minum susu anlene untuk orang dewasa sebab nak kuatkan tulang dan ketahanan badan.... memang sakit .... patutla orang tua tak larat bila sakit lutut sebab terasa sakit bila bergerak....

mungkin sebenarnya ubat tu ok je... tapi tak semua badan dapat menerima kandungan ubat dan perlulah mendapatkan nasihat doktor yang pakar bukannya orang perseorangan memperlihatkan keberkesanannya.. keupayaan badan setiap individu ternyata berbeza....

dan mungkin juga cara pemakanan, cuaca dan pelbagai lagi faktor mempengaruhi kesan sesuatu ubat ubatan itu keatas tubuh badan kita....

apapun DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT UBATAN

diharapkan pembaca semua dapat jadikan cerita nie tauladan bersama.. jangan bila sudah terhantuk baru nk tergadah dan kita mempunyai HAK untuk mengubah segalanya dalam kehidupan kita dan kita juga BERHAK untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik....

akhir kata dari saya... salam sayang buat semua...

MEMASTIKAN KESIHATAN BADAN TERJAGA DAN TERJAMIN TANDA KITA TELAH BERBELAS EHSAN TERHADAP TUBUH BADAN KITA SENDIRI