Saturday 18 May 2013

CANTIK VS BURUK

Assalamualaikum semua...

uuh... blog nie kalau dijadikan buku mau habuk tebal se inci...

cantik VS buruk,

ape yang cantik dan ape yang buruk??

hahahaha....

ni chek nk habaq ang....

default picture cantik, update gambar cantik2 pun memainkan peranan aku habaq angpa semua...

SEMUA TU MEMPENGARUHI POPULARITI ANDA DI LAMAN SOSIAL....

upload gmbar comey lotey wlaupun dlm real life x comel macam tu pun boley je raih populariti awokk...

tapi kalau awookk tu upload gmbar buruk je, kompen sapa pun x pandang awok melainkan kawan2 awokk...

tapi apa buruknya slalu update gambar cun melecun, vas gedavas, di laman sosial...

hahaha... mentang2 baru blaja 1CitiZen kan...

meh sini aku habaq angpa yang tak tahu tu...

anda telah mendedahkan diri anda dengan gangguan seksual yang dilakukan oleh individu - individu tak sepatutnya...

secara x sengaja anda telah menggalakkan diri anda utk menjadi salah satu bahan utk di 'fapping' oleh manusia - manusia yang .... (tak tahu nk gelarkan mereka ape)

actually aku pun x taw perkataan fapping smpailah ade seorg cikgu aku nie (cikgu atkins) post kt fb die suruh bebudak perempuan stop uploading gmbar2 menghairahkan sbb ramai lelaki akan save picture n jadikan sumber utk 'fapping'....

ha.. klu nk taw fapping tu ape google le sendiri , xkan nk citer *%#%$ kat sini pulaks...

ok then....

tujuan aku update status sebab falling in love with kembar kwang soo kat UUM nie....
u'r mR.ceria :) thank you u recognize me
just 3 times we will be meeting in class, then ..... oh it's hurt my heart

comel time pakai tribal 
(hasil undian ramai: sebab dapat like ramai kawan lelaki)
mr.Ceria pertama kali like pic and recognize aku nookkksss
actually this was my first and feberet tribal, senang pakai x payah gosok, besar and labuh boley design ikut suka hati aku

nampak sangat biasa time pakai bawal..... actually aku nie jenis susah pakai bawal sebab warna bawal sangat terhad, saiz juga.. gila xxxl nk pakai bawal 40 inci, nk sorok mana aset aku tu... aku kan suka blok blok color nie... klu pakai tudung jenis ni lantak hang la cap tudung kena tiup ke, kemek ke, seee.... (abaikan muka yg sah macam kakak aku tu, adik beradik kan)
nampak sangat 2 biasa bila pakai mcm nie... truthly bila aku mls nk bersiap or melawa aku akan pakai macam nie walaupun tempat aku nk g tu sejauh Rawang dan sejauh Alor Star.



Thursday 17 January 2013

ini ceritaku - AKU PELAJAR UUM


Assalamualaikum kepada semua pembaca....

diharapkan anda sentiasa dlm keadaan baik dan ddlm perlindungan ALLAH.. amminnn..

popular sungguh nama UUM sejak 2-3 menjak nie ye.. sampai jadi trending dlm twitter, youtube dan facebook.....semuanya gara-gara satu program yang pernah dianjurkan di UUM sebulan yang lalu... SEBULAN YANG LALU....................

ha, ini cerita aku, ini komen aku dan ini adalah pandangan aku....

AKU PELAJAR UUM ~ UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Alkisah bermula selepas aku tamat belajar matrik di Perlis, disebabkan dahulu aku seronok sgt dok rumah dan kekecewaan tak dpt interview upsi smpai terlupa nk renew update ape yg aku mohon dlm UPU, so.. aku janji ngan kawan aku nk masuk uitm.. aku isi sorg2 tanpa tahu apa kod uitm... masa aku isi tu aku ingat kod 'U' stand for uitm tp sebenarnya 'UUM' so, kod u lah yg banyak menjadi pilihan dlm borg upu aku...dah gitu, bila dapat surat tawaran dr UUM, tp mmg dpt course yg aku mohon, 1st choice. aku REDHA sebab aku percaya itu jalan yang dah ditentukan Allah.... (kebetulan ibu kira personaliti aku dr tarikh lahir,seorang bisneswomen, insyaallah... amminnn..). makanya aku meneruskan perjalanan hidup aku dengan melangkah ke UUM dengan pelbagai perasaan, semangat yang berkobar2 walaupun yg menghantar aku cuma ayah dan adik beradik yang lain, tanpa ibu disisi. kali kedua aku menangis kerana rasa ditinggalkan disuatu tempat asing... aku percaya apa yang dimahukan ayah dan ibu, menjadi orang berguna bukan sahaja utk keluarga malahan masyarakat dan negara. disini, mereka tinggalkan aku utk dididik dan mendapat 'satu' ilmu yang tidak mungkin dapat mereka berikan. YA, dan ia menjadi pengalaman hidup aku.

aku teruskan perjalanan sbb mmg aku berimpian nak pegang ijazah... bila org disekeliling bertanya aku sambung dimana, mereka tak tahu apa itu UUM, dimana UUM sehinggakan ingat aku belajar di UM! shingga perlu dijelaskan dimana UUM dan sebagainya..sedikit tension ketika itu dan aku mengiakan je klu dorg dgr tak clear tu...

tahun pertama dan kedua, aku lalui hidup2 aku sebagai seorang mahasiswa dengan bahagia.....orang kata, masalah dan penyelesaian takkan bermula jika tiada pencetus, aku sayang universiti aku, aku sayangkan setiap individu didalamnya(even tak kenal semua) sebab aku tahu.. kami mempunyai matlamat yang sama... untuk belajar dan terus belajar....

individu yang belajar di universiti adalah insan terpilih sebab bukan semua orang diberikan kekuatan dan peluang utuk belajar di universiti....so anda mahasiswa, anda insan hebat kerana melangkah ke Universiti..

setiap orang mempunyai masa silam, masa-masa yang membuatkan diri hilang dan patah semangat.. begitu juga aku, aku juga pernah.. aku mengaku aku tidak kuat sehinggakan pernah demam selama 2 minggu kerana masalah itu yg ku fikir boleh mengheretku ke mahkamah (hadiah hari lahir ku yg ke18 barangkali), bersyukur aku kerana dianugerahkan insan2 hebat yang sentiasa memberikan aku peluang utk hidup, kata nasihat dan semangat.... disitulah aku mengenal siapa yang sebenar2nya sayangkan aku dan tidak betah melihat aku dalam kesakitan dan kekecewaan,,, berani kerana benar, setiap manusia perlu yakin dan kuat melontarkan kebenaran

kerana aku sayang segenap inci dlm uum, aku membangkitkan isu penipuan LinguaPhone apabila terperasan mereka membuka booth dipesta buku utara, UUM, agk lewat aku perasan sebab jarang ke perpustakaan maka hampir 200 pelajar telah membeli produk mereka, silap aku juga kerana tidak membuat apa2 tindakan apabila terperasan mereka giat melakukan promosi di CMART Changloon tanpa warning pelajar yg 'mungkin' membeli produk mereka.. sorry to say.. mmg aku individu pertama yang berkata ttg penipuan kamu di UUMKINI, kebetulan disokong oleh seorang senior yang pernah ditipu , ditindas dan digertak. kerana apa? kerana aku mahukan suasana aman ketika belajar, dengan itu aku juga beranggapan setiap orang mahasiswa mempunyai hak dan mereka juga mahu untuk belajar dalam keadaan aman , tenang dan tenteram.

tapak pesta buku utara, UUM.. menjadi saksi penipuan kpd pengunjungan oleh orang yang tak bertanggungjawab

satu persatu isu perkaitan UUM bermula dari isu tanah, dan diawal semester pula isu tarian gangnam style dan kini isu program  FORUM SUARA MAHASISWA: SEIRING MAHASISWA/I BERPOLITIK? dimana program ini berlangsung pada 8/12/2012 di dewan Muadzam Shah (dmas). melihat saja tajuknya dah membuatkan aku minat nak p, ape yang sebenarnya intipati forum nie? biasanya forum akan ada moderator, dan ahli - ahli panel. tanggapan pertama aku adlh mungkin forum nie mahu mempertengahkan isu samaada releven ataupun tidak mahasiswa melibatkan diri dalam politik ketika sedang belajar. itu persepsi aku sebelum pergi program nie. kebetulan seorang member yg merupakan ajk mengajak aku pergi, so aku pun beri nama dan nak pergi. beberapa hari sebelum majlis pensyarah mahu buat reheasel presentation dimana seminggu selepas itu akan diadakan presentation rancangan perniagaan yang akan dibentangkan dihadapan Pegawai Bank, pada hari yang sama dengan program. keputusan dibuat, antara program sampingan dan pelajaran mana yang perlu didahulukan, utamakan yang utama. so aku pun berkeputusan mahu mengutamakan pelajaran kerna itu tujuan aku masuk keuniversiti.

tidak aku jangkakan program ini akan berakhir dengan kontrovesi. malam kejadian tu aku tengok wall group universiti dah memekik mekik dengan isu ini, apa aku buat? cuma scroll komen2 nak tahu apa yang terjadi, tapi masih tidak jelas sebab masing2 datang dan komen dengan idea dan pendapat sendiri. and tak berapa lama isu ini senyap begitu. 3 hari sebelum habis final exam aku, video nie keluar and aku. terpaku, sapa upload video nie? kenapa sekarang tak dulu lagi? oh,.. ini yg terjadi hari tu, makan bermulalah sesi penlontaran kata, pandangan, komen smaada komen membina, mengutuk mahupun menempelak... 1st day tu aku tgk smua kome berkaitan Bawani Ks dan Puan Syaripah, hari kedua mulalah sesi mengutuk2 u aku, UUM... yes UUM... menggelarkan pelajar UUM bacul, tidak berkualiti, student yang belajar sini smua low rate kerna universiti hebat yang lain tidak mahu menerima kami sbgai pelajar mereka dan pelbagai lagi perkataan tidak enak. seriusly aku terasa bila org komen macam tu sbb aku pelajar UUM dan aku sebahagian darinya...

disini, aku rasa... hilangnya hak keamanan, hilangnya hak keselesaan apabila sudah pasti aku malu utk berhadapan masyarakat yang tidak tahu perkara sebenar sebelum menghukum. perkara sebenar tidak akan pernah diketahui kerna video penuh tidak di upload, cuma part kontrovesi...  jadinya apa yang benar- benar terjadi pada hari kejadian tidak pernah diketahui... menurut temuramah Bawani KS tiada sesi soal jawab pada hari kejadian, tetapi berbeza pula dengan dakwaan beberapa orang pihak yang mendakwa Bawani Ks mencelah sewaktu program hampir ditutup dan tidak pada sesi soal jawab. jadi dimana faktanya? saksi saksi kejadian? waallahualam....

pada pandangan aku : sebelum menilai, menghukum sesuatu eloklah disiasat perkara sebenar. ini kerana suara anda membawa kepada peribadi anda. janganlah jadi seperti lalang tanpa pendirian, org berkata mengutuk anda ikut turut mengutuk tetapi pada masa yang sama anda tidak pasti akan kebenarannya...

Aku pelajar UUM dan aku bangga menjadi sebahagian darinya, sebab apa aku pilih UUM? orang kata tak kenal maka tak cinta, dahulu aku bertegas taknak study kat UUM sbb dlm hutan, takde ape2., ha.... sapa yg ckp mcm tu mai dtg sini tgk dan bandingkan dgn universiti lain, mesti tarik blk kata2 sebab setiap pilihan ada pro dan consnya, klu aku tak masuk UUM adakah aku akan menjadi seperti aku yang sekarang? even kwn aku student uitm ckp

'seronoklah U ko, ada suasana belajar dlm universiti, bkn aku yg kena sewa rumah kat luar, u ko ade jurusan pertanian tak?' 

sbb die nk smbung degree die kt sini.... jadi, apa benda yg berkaitan UUM aku turut terpalit sama. takpe, mmg dah setiap benda ada dugaannya... siapalah kita tanpa dugaan dan yang pasti setiap dugaan tu memberi kesan dan mematangkan diri kita......

tanya pada diri : siapa kita nak menghukum orang, siapa kita utk menilai orang? tiada manusia yang pernah buat kesilapan dan tiada manusia yang tidak buat silap, renung2kan.

aku mahukan suasana aman didalam universiti dan tolong!!! jangan politikkan kami. samalah jika seperti hak bermain hak kami, universiti kami hak kami anda dilarang utk menimbulkan sebarang kekacauan dan sebarang bentuk penindasan dan kutukan....

aku mahukan suasana tenang untuk belajar, jgn berikan kami tekanan melulu anda
ikhlas dari hati yang masih perlukan bimbingan, masih perlukan dorongan, masih perlukan kasih sayang, masih perlukan perhatian dan masih perlukan ketenangan..........

masalah bullycat nak pikir kat mana nak cari makanan sebulan nie...
i love u, Mr Bullycat