Sunday, 8 February 2015

Assalamualaikum semuaaaaa

Last post on Mac 2014??
Agak lama laman sesawang nie bersawang sawang
Juga kisah hidup aku byk banyak menguji keimanan, menghadapi kehilangan....

Ya, setiap sesuatu yang berlaku tu pasti Ada hikmahnya....
Insyaallah, februari 2015 INI kita bermula kembali

P/s; dunia hujung jari.....

Monday, 17 March 2014

IM BACK

assalamualaikum semua,...

hehehe, a long time ago i have decided to stop writing and keep doing whatever i like to do,
so many time i want to delete this blog but my hand just like dont want me to delete it because some of my story was very value able to delete. its show my feeling that time
but i feel like lost something...
and i realize that writing blog is one of my habit even im not very active to share whatever i want to share..

so many draft in my blog, afraid to publish or dont want to share...
it make me realize, lets stop write whatever u want to write...
even this was my second blog (1st blog i have deleted due of some weirdo follower)

after attending IMKK intensif magnet kekayaan dan kejayaan by DAO Dr Azizan Osman i keep thinking, i want to share all my ilmu that i get from various place....
i mind to share to help more people because i have feeling like hopeless long time ago due of lack of money
i want this, i want to go there, i want to help people, i sad keep seeing poor people, i get hurt seeing all folks, poor people that take a rubish to sell it berapa sen sangat dapat kan?

i keep blame myself. why i dont have enough money to give them??
long time ago at Alor Setar i accidentally see this old man when walking to stesen keretaapi alor star to get home, dont know either Chinese or malay because Chinese people also can look like malay.

that time i was happily feel my last moment(maybe), thank to Allah give me a chance to view his Greatness, to hold Alor Star in my heart as one of my life journey,and i walking to Alor Star stesen because it will be my last time to go back home since it was my last semester.

i remember how in front of me ware old man tengah kutip tin kosong, dan dia memandang dengan senyuman yang bahagia. He give me a big SMILE, ikhlas SMILE, in his smile i can see all his sadness, thankful to god to keep his alive, sorrow, hard life that he had to face, ikhlas smile. im never see such a smile that was given to me. as a STRANGER.... Ya Allah almighty please keep that old man that i dont know who a life, give him ur greatness rezeki, keep meeting his with ikhlas, dermawan people and please give his a happily live.. aminn...

ok, i think that all i mind to share today and remember

great people when he do something, he will do until the end

Lot of Love,
Ain Syuhadah M.Shukur

Saturday, 18 May 2013

CANTIK VS BURUK

Assalamualaikum semua...

uuh... blog nie kalau dijadikan buku mau habuk tebal se inci...

cantik VS buruk,

ape yang cantik dan ape yang buruk??

hahahaha....

ni chek nk habaq ang....

default picture cantik, update gambar cantik2 pun memainkan peranan aku habaq angpa semua...

SEMUA TU MEMPENGARUHI POPULARITI ANDA DI LAMAN SOSIAL....

upload gmbar comey lotey wlaupun dlm real life x comel macam tu pun boley je raih populariti awokk...

tapi kalau awookk tu upload gmbar buruk je, kompen sapa pun x pandang awok melainkan kawan2 awokk...

tapi apa buruknya slalu update gambar cun melecun, vas gedavas, di laman sosial...

hahaha... mentang2 baru blaja 1CitiZen kan...

meh sini aku habaq angpa yang tak tahu tu...

anda telah mendedahkan diri anda dengan gangguan seksual yang dilakukan oleh individu - individu tak sepatutnya...

secara x sengaja anda telah menggalakkan diri anda utk menjadi salah satu bahan utk di 'fapping' oleh manusia - manusia yang .... (tak tahu nk gelarkan mereka ape)

actually aku pun x taw perkataan fapping smpailah ade seorg cikgu aku nie (cikgu atkins) post kt fb die suruh bebudak perempuan stop uploading gmbar2 menghairahkan sbb ramai lelaki akan save picture n jadikan sumber utk 'fapping'....

ha.. klu nk taw fapping tu ape google le sendiri , xkan nk citer *%#%$ kat sini pulaks...

ok then....

tujuan aku update status sebab falling in love with kembar kwang soo kat UUM nie....
u'r mR.ceria :) thank you u recognize me
just 3 times we will be meeting in class, then ..... oh it's hurt my heart

comel time pakai tribal 
(hasil undian ramai: sebab dapat like ramai kawan lelaki)
mr.Ceria pertama kali like pic and recognize aku nookkksss
actually this was my first and feberet tribal, senang pakai x payah gosok, besar and labuh boley design ikut suka hati aku

nampak sangat biasa time pakai bawal..... actually aku nie jenis susah pakai bawal sebab warna bawal sangat terhad, saiz juga.. gila xxxl nk pakai bawal 40 inci, nk sorok mana aset aku tu... aku kan suka blok blok color nie... klu pakai tudung jenis ni lantak hang la cap tudung kena tiup ke, kemek ke, seee.... (abaikan muka yg sah macam kakak aku tu, adik beradik kan)
nampak sangat 2 biasa bila pakai mcm nie... truthly bila aku mls nk bersiap or melawa aku akan pakai macam nie walaupun tempat aku nk g tu sejauh Rawang dan sejauh Alor Star.



Thursday, 17 January 2013

ini ceritaku - AKU PELAJAR UUM


Assalamualaikum kepada semua pembaca....

diharapkan anda sentiasa dlm keadaan baik dan ddlm perlindungan ALLAH.. amminnn..

popular sungguh nama UUM sejak 2-3 menjak nie ye.. sampai jadi trending dlm twitter, youtube dan facebook.....semuanya gara-gara satu program yang pernah dianjurkan di UUM sebulan yang lalu... SEBULAN YANG LALU....................

ha, ini cerita aku, ini komen aku dan ini adalah pandangan aku....

AKU PELAJAR UUM ~ UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Alkisah bermula selepas aku tamat belajar matrik di Perlis, disebabkan dahulu aku seronok sgt dok rumah dan kekecewaan tak dpt interview upsi smpai terlupa nk renew update ape yg aku mohon dlm UPU, so.. aku janji ngan kawan aku nk masuk uitm.. aku isi sorg2 tanpa tahu apa kod uitm... masa aku isi tu aku ingat kod 'U' stand for uitm tp sebenarnya 'UUM' so, kod u lah yg banyak menjadi pilihan dlm borg upu aku...dah gitu, bila dapat surat tawaran dr UUM, tp mmg dpt course yg aku mohon, 1st choice. aku REDHA sebab aku percaya itu jalan yang dah ditentukan Allah.... (kebetulan ibu kira personaliti aku dr tarikh lahir,seorang bisneswomen, insyaallah... amminnn..). makanya aku meneruskan perjalanan hidup aku dengan melangkah ke UUM dengan pelbagai perasaan, semangat yang berkobar2 walaupun yg menghantar aku cuma ayah dan adik beradik yang lain, tanpa ibu disisi. kali kedua aku menangis kerana rasa ditinggalkan disuatu tempat asing... aku percaya apa yang dimahukan ayah dan ibu, menjadi orang berguna bukan sahaja utk keluarga malahan masyarakat dan negara. disini, mereka tinggalkan aku utk dididik dan mendapat 'satu' ilmu yang tidak mungkin dapat mereka berikan. YA, dan ia menjadi pengalaman hidup aku.

aku teruskan perjalanan sbb mmg aku berimpian nak pegang ijazah... bila org disekeliling bertanya aku sambung dimana, mereka tak tahu apa itu UUM, dimana UUM sehinggakan ingat aku belajar di UM! shingga perlu dijelaskan dimana UUM dan sebagainya..sedikit tension ketika itu dan aku mengiakan je klu dorg dgr tak clear tu...

tahun pertama dan kedua, aku lalui hidup2 aku sebagai seorang mahasiswa dengan bahagia.....orang kata, masalah dan penyelesaian takkan bermula jika tiada pencetus, aku sayang universiti aku, aku sayangkan setiap individu didalamnya(even tak kenal semua) sebab aku tahu.. kami mempunyai matlamat yang sama... untuk belajar dan terus belajar....

individu yang belajar di universiti adalah insan terpilih sebab bukan semua orang diberikan kekuatan dan peluang utuk belajar di universiti....so anda mahasiswa, anda insan hebat kerana melangkah ke Universiti..

setiap orang mempunyai masa silam, masa-masa yang membuatkan diri hilang dan patah semangat.. begitu juga aku, aku juga pernah.. aku mengaku aku tidak kuat sehinggakan pernah demam selama 2 minggu kerana masalah itu yg ku fikir boleh mengheretku ke mahkamah (hadiah hari lahir ku yg ke18 barangkali), bersyukur aku kerana dianugerahkan insan2 hebat yang sentiasa memberikan aku peluang utk hidup, kata nasihat dan semangat.... disitulah aku mengenal siapa yang sebenar2nya sayangkan aku dan tidak betah melihat aku dalam kesakitan dan kekecewaan,,, berani kerana benar, setiap manusia perlu yakin dan kuat melontarkan kebenaran

kerana aku sayang segenap inci dlm uum, aku membangkitkan isu penipuan LinguaPhone apabila terperasan mereka membuka booth dipesta buku utara, UUM, agk lewat aku perasan sebab jarang ke perpustakaan maka hampir 200 pelajar telah membeli produk mereka, silap aku juga kerana tidak membuat apa2 tindakan apabila terperasan mereka giat melakukan promosi di CMART Changloon tanpa warning pelajar yg 'mungkin' membeli produk mereka.. sorry to say.. mmg aku individu pertama yang berkata ttg penipuan kamu di UUMKINI, kebetulan disokong oleh seorang senior yang pernah ditipu , ditindas dan digertak. kerana apa? kerana aku mahukan suasana aman ketika belajar, dengan itu aku juga beranggapan setiap orang mahasiswa mempunyai hak dan mereka juga mahu untuk belajar dalam keadaan aman , tenang dan tenteram.

tapak pesta buku utara, UUM.. menjadi saksi penipuan kpd pengunjungan oleh orang yang tak bertanggungjawab

satu persatu isu perkaitan UUM bermula dari isu tanah, dan diawal semester pula isu tarian gangnam style dan kini isu program  FORUM SUARA MAHASISWA: SEIRING MAHASISWA/I BERPOLITIK? dimana program ini berlangsung pada 8/12/2012 di dewan Muadzam Shah (dmas). melihat saja tajuknya dah membuatkan aku minat nak p, ape yang sebenarnya intipati forum nie? biasanya forum akan ada moderator, dan ahli - ahli panel. tanggapan pertama aku adlh mungkin forum nie mahu mempertengahkan isu samaada releven ataupun tidak mahasiswa melibatkan diri dalam politik ketika sedang belajar. itu persepsi aku sebelum pergi program nie. kebetulan seorang member yg merupakan ajk mengajak aku pergi, so aku pun beri nama dan nak pergi. beberapa hari sebelum majlis pensyarah mahu buat reheasel presentation dimana seminggu selepas itu akan diadakan presentation rancangan perniagaan yang akan dibentangkan dihadapan Pegawai Bank, pada hari yang sama dengan program. keputusan dibuat, antara program sampingan dan pelajaran mana yang perlu didahulukan, utamakan yang utama. so aku pun berkeputusan mahu mengutamakan pelajaran kerna itu tujuan aku masuk keuniversiti.

tidak aku jangkakan program ini akan berakhir dengan kontrovesi. malam kejadian tu aku tengok wall group universiti dah memekik mekik dengan isu ini, apa aku buat? cuma scroll komen2 nak tahu apa yang terjadi, tapi masih tidak jelas sebab masing2 datang dan komen dengan idea dan pendapat sendiri. and tak berapa lama isu ini senyap begitu. 3 hari sebelum habis final exam aku, video nie keluar and aku. terpaku, sapa upload video nie? kenapa sekarang tak dulu lagi? oh,.. ini yg terjadi hari tu, makan bermulalah sesi penlontaran kata, pandangan, komen smaada komen membina, mengutuk mahupun menempelak... 1st day tu aku tgk smua kome berkaitan Bawani Ks dan Puan Syaripah, hari kedua mulalah sesi mengutuk2 u aku, UUM... yes UUM... menggelarkan pelajar UUM bacul, tidak berkualiti, student yang belajar sini smua low rate kerna universiti hebat yang lain tidak mahu menerima kami sbgai pelajar mereka dan pelbagai lagi perkataan tidak enak. seriusly aku terasa bila org komen macam tu sbb aku pelajar UUM dan aku sebahagian darinya...

disini, aku rasa... hilangnya hak keamanan, hilangnya hak keselesaan apabila sudah pasti aku malu utk berhadapan masyarakat yang tidak tahu perkara sebenar sebelum menghukum. perkara sebenar tidak akan pernah diketahui kerna video penuh tidak di upload, cuma part kontrovesi...  jadinya apa yang benar- benar terjadi pada hari kejadian tidak pernah diketahui... menurut temuramah Bawani KS tiada sesi soal jawab pada hari kejadian, tetapi berbeza pula dengan dakwaan beberapa orang pihak yang mendakwa Bawani Ks mencelah sewaktu program hampir ditutup dan tidak pada sesi soal jawab. jadi dimana faktanya? saksi saksi kejadian? waallahualam....

pada pandangan aku : sebelum menilai, menghukum sesuatu eloklah disiasat perkara sebenar. ini kerana suara anda membawa kepada peribadi anda. janganlah jadi seperti lalang tanpa pendirian, org berkata mengutuk anda ikut turut mengutuk tetapi pada masa yang sama anda tidak pasti akan kebenarannya...

Aku pelajar UUM dan aku bangga menjadi sebahagian darinya, sebab apa aku pilih UUM? orang kata tak kenal maka tak cinta, dahulu aku bertegas taknak study kat UUM sbb dlm hutan, takde ape2., ha.... sapa yg ckp mcm tu mai dtg sini tgk dan bandingkan dgn universiti lain, mesti tarik blk kata2 sebab setiap pilihan ada pro dan consnya, klu aku tak masuk UUM adakah aku akan menjadi seperti aku yang sekarang? even kwn aku student uitm ckp

'seronoklah U ko, ada suasana belajar dlm universiti, bkn aku yg kena sewa rumah kat luar, u ko ade jurusan pertanian tak?' 

sbb die nk smbung degree die kt sini.... jadi, apa benda yg berkaitan UUM aku turut terpalit sama. takpe, mmg dah setiap benda ada dugaannya... siapalah kita tanpa dugaan dan yang pasti setiap dugaan tu memberi kesan dan mematangkan diri kita......

tanya pada diri : siapa kita nak menghukum orang, siapa kita utk menilai orang? tiada manusia yang pernah buat kesilapan dan tiada manusia yang tidak buat silap, renung2kan.

aku mahukan suasana aman didalam universiti dan tolong!!! jangan politikkan kami. samalah jika seperti hak bermain hak kami, universiti kami hak kami anda dilarang utk menimbulkan sebarang kekacauan dan sebarang bentuk penindasan dan kutukan....

aku mahukan suasana tenang untuk belajar, jgn berikan kami tekanan melulu anda
ikhlas dari hati yang masih perlukan bimbingan, masih perlukan dorongan, masih perlukan kasih sayang, masih perlukan perhatian dan masih perlukan ketenangan..........

masalah bullycat nak pikir kat mana nak cari makanan sebulan nie...
i love u, Mr Bullycat




Monday, 31 December 2012

A day before 2013

Assalamualaikum semua...

beberapa jam lagi dah nak ke tahun 2012

macam mana harinie? baik? buruk or biasa - biasa saja?

ingat ye.. Hari2 yg kita alami ditentukan oleh kita sendiri...

samaada kita mahu...

Berduka ketika ditimpa musibah
Bersedih tika masalah melanda
Marah tika ada ketidak puasan hati
Benci tika hati disakiti

ataupun..

senyum tika hati ditimpa lara
gembira tika masalah menimpa
sayang tika disakiti
dan lain lain elemen positif...



ingat ye... walau sekuat mana cabaran menimpa, masalah melanda... jangan lupa senyum sebab senyum tu mampu hilangkan stress, dan juga yakin dan Redha dgn ujian yang Allah datangkan kerana akan ada pelangi yang bakal menyinari hidup anda selepas itu

baiklah..... bagi rakan - rakan facebook mesti ingat harinie besday Ain kan?
sory dear..... actually harinie bukan besday Ain, it was my granny....
only kawan2 rapat je yg tahu harinie bukan besday and tak wish...
terima kasih semua.. sebab dorang takdela pulak nak mengkantoikan ketidak tepatan tu...

why i change it? why....
a few month ago Ain tukar tarikh tu and semalam tak  teringat pulak nak ubah... sedar2 buka facebook pagi tu ramai dah wish... siap pakcik Ain wish and tag gambar lagi -.-" Alamak, camne nak mengaku and ubah harini besday aku nie? nak deactive ke? Alamak alamak!!!!

so i came out with a decision : Ah biarlah... sume dah taw... siap ade membe time skolah p canang kat group lagi -.-" abis aku kalau depa taw....

hah... why i change my birthday date at facebook??

1. utk menjaga keselamatan diri ketika actual birthday = aku suspect ada seseorang nie bakal menghuru harakan birthday aku tahun hadapan =22 tahun

2. aku mahu tinggalkan 2012 dan title umur 21 cepat2 dengan azam - azam baru yang aku buat.... terlalu perit untuk mengekalkan 21tahun tu sementara birtday tahun depan sebab 21tahun meninggalkan 1001 rasa, perasaan dan pengalaman... walaupun fact : tapi kita boleh lakukan dgn psyco diri sendiri kan? hijrah yang mahu ku lakukan...Insyaallah.. niat baik utk berubah pasti dilorongkan....

3. aku mahukan title umur 21tahun hilang dengan perginya 2012 sebab target aku nak kawen umor 2012 tak tercapai -.-"

Allah tahu apa yang terbaik, umur 21 dan tahun 2012 bukan masa untuk aku berkahwin dan menjalankan satu perhubungan serius

4. disebabkan nombor 22 tu terlalu sweet..... so tahun depan tak termasuk list nak kawen je... tangguh tahun satu lagi since azam tahun 2013 adalah utk jenjalan sampai pengsan sekitar perlis, pulau pinang and kedah sampai puas n ko pn dah tak nak datang dah.. HIHIHI.. adeke azam cenggitu

5. Azam 2013 : forever alone, tak nak dah jatuh hati, jatuh cinta dan segalanya jatuhlah melainkan someday dtg melamarku dan bercinta selepas kawen.. :: kawen lepas final exam?? BOLEH KAN :)



then aku menyesal :: kenapalah aku tak hide je dulu perlu ubah ubah bagai,...



ok baiklah~~~ Assalamualaikum 2013, Ahlan wasahlan... SELAMAT DATANG 2013.. please be nice to me!!!



semoga hijrah untuk menjadi lebih baik diredhai oleh Allah...

Ya Allah...
Bantulah aku dalam penghijrahanku...
Aku mahu jadi wanita solehah ya Allah..
Yang pantas dan layan untuk melahirkan umat Nabi Muhammad...

Ya Allah...
semoga dengan penghijrahanku ini..
Bakal membuka pintu pintu yang tertutup untukku..
Bakal mempercepatkan langkahku untuk ke penghijrahan yang lebih besar..


lagu yang mampu membuatku menangis mengingati Dosa Dosa....

Jatuh Bangun - inTeam

ikhlas : Aku yang sering berbuat dosa....




Allah dah merencanakan sesuatu yang terbaik untukku... Semoga aku menghadapi 2013 dengan lebih tabah, penuh ketaqwaan... bertambah iman, amal dan ibadah.. InsyaAllah.....

siapa kita di mata Allah.. kita yang menentukannya..

Sekian dari Saya... Ikhlas dari hati yang ingin berubah.... Insyaallah bertemu kembali ditahun Hadapan. 2013

Thursday, 27 December 2012

KENAPA AKU TAK SUKA JATUH CINTA

Assalamualaukum..

wakeda keda babommmmmm!!!!

tajuk entry kemain ek ain,

hehehehe...

mostly nie la personal entry... n amik intibar ke panduan ke apeke boley aje..

nie aku citer based on pengalaman yang tak seberapa nie..

almaklumlah baru je 21 tahun hidop~~~

sebab ape ek aku tak suka jatuh cinta??

before this, kalau aku suka somebody aku suka klu nampak dia dimana2..
kemudian, cerita tu abis begitu sajalah...
sebab kita suka kan, bukan pon cinta.....

jatuh cinta... nak kira brape kali dah aku jatuh cinta ek??
banyak kali woooo......
hahahaha... tu rahsia hati, bape kali aku jatuh cinta pun aku tak tahu sbb aku sendiri tak dapat beza aku cinta die ke, aku suka die ke...
tapi yang pasti... kalau aku suka dia perhubungan tu tak kemane pun... within one or two years perasaan syiok tu akan hilang.
aku pun klu suka somebody takkan beritahu orang tersebut, pendam saja... seronok merhati dari jauh, stalker, a bit shy with him. tak tego.... so kengkawan, klu aku tego2 korg tu, boleh friendly dgn korg even aku nie kejenis tak cakap dengan lelaki sbb segan, means aku mmg selesa ngan korang and anggap korang kawan.. ;p

hik hik hiks,,,



and more......mudah je kot nak trace orang kejenis macam aku nie kalau suka lelaki macam mana.....

1. suka tapi bila dah dekat segan nak sembang, tegor and buat 2 sombong.... bukan ape, nak menahan hati yang tengah bergolak, takut bila bercakap nanti dak tu perasan pulak kita tengah syiok kat die... lagi kejenis yang macam aku nie exited terlampau, karang boleh cakap sambil senyum2 malu... >> oh KANTOI

orang kejenis macam aku nie memang paling - paling tak suka main dengan mesej, napa ntah?? sebab melalui mesej kita tak pasti feel sebenar lelaki tu.... contohla... budak tu hantar ' aku suke makan rebung, lagi2 yang kutip dalam hutan'

secara automatikknya ko akan happy gila sebab die bagitau korang makanan feberet die, padahal die nak bagitau je pom... takdemakne yang kelainnye, sapa yg salah tafsir???

tapi.. kalau melalui telefon or face to face ko akan mengetahui perasaan die dari nada suara die~~ uhuhuhu...

eh.. dah tulis panjang lebar aku dah lari dari main topik, kenape aku tak suka jatuh cinta... HAHAHAHAHAHA

ok, past 1 year lepas aku ade detect sorg mamat mana ntah cuba seludup ambik gambar aku, kekantoian melanda bila aku reverse kebelakang badan aku selisih dengan tiang die pon reverse jugak. and tak tahula rupa gambar tu sebab aku tengah buat muka marah and bengis yang tidak pernah aku benarkan sesiapa tangkap gambar itu even diri aku sendiri sebab amat menakutkan.

then, dalam dok marah2 nie, adela dalam seminggu cane ntah aku boleh tersuka mamat tu.. hoi! nie amat bahaya.... sebaik aku menyabarkan diriku makanya antara kami tiada apa - apa. FULSTOP takde ape2, mesej membicarakan soal hati dan peribadi pom tak pernah.

1 sem jugak aku dok merana tertonggeng tonggeng suka kat dia... aku post jiwang2 sampai sekarang habit tu tak dapat ubah.. huhuhuhu.. sorry... bila aku tekadkan hati aku akan suka dia tapi kami takkan ke alam seterusnya die ok, and kalau ada jodoh tak kemana kan???

keburukannye bila buat camtu, ko tak betul2 tahu betul ke die suka ko for jannah? ke die main main je.... then, ko pon takkan tahu die tengah tunggu ko ke sampai kekadang ko stalk die ade perempuan post kat wall die and komen ala ala mesra gitu ko cemburu.. dafuk, dah ko yang nak hubungan tu takad tu je tak kapel or ape.



ha.. point die ringkas je tapi aku da banyak melalut, tu la sebab aku tak suka jatuh cinta

1. bila aku suka seseorang aku tak nak kapel even tahu die suka aku

2. bila dah tak kapel, aku tak tahu die still menunggu or dah cari orang lain

3. cemburu tengok perempuan lain mesra dengan die

4. sukar untuk meluahkan perasaan sebab takut kena tolak... hahahahaha.. penah one time aku rase nk luah perasaan kat die tapi bila dipikirkan aku sayangkan persahabatan tu dari rasa sakit kena reject.

5. nak keep in touch always lagilah bukan kejenis aku, homeyperson suka duduk rumah memerap and kalu keluar pon atas kemahuan nak hang out sendiri

6. pengalaman bercintaalmostzero, akutak reti bercinta... mgkin sebab homey person, cara luahkan sayang tu lain sikit bukan i sayang u, mesej jiwang2 kpd indvdu tbabit...

so.. kesimpulannya... sayang jadi tayam.. ayam... dll.....

sebab aku tak suka jatuh cinta, sebabnya nanti aku yang gila.... MEH KITA U-TURN KEPADA CINTA ILAHI

Sunday, 23 December 2012

PERCUTIAN KELUARGA - PENANG

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

wah.. lama benar blog nie berabuk ye...
lupa pulak nak meng update blok nie...
sbb?? dok melayan cinta yang tak berkesudahan tu...
hahahaha...
yela kan...

lately mmg minggu busy.... december mmg datang dalam keadaan yang diingini..
walaupun busy still ada masa untuk diri sendiri dan orang lain...
love this december?? why why why??

1. slama 2 hari dpt luangkan masa dgn tercinta... walaupun ironinya cuma atas nama dan tujuan tolong lecture kemas n cat bilik tapi.... having a great time with u dear,

2. wlaupun pressure pasal group asigment tp alhamdulillah dpt tanganinya....

3. outing bsama keluarga di Penang.... hew hew hew....

ok... da tajuk entry cite pasal percutian keluarga kan, so entry kali ni lebih berat kpd percutian keluarga and kita lupakan point 1 dan 2 tu~ p/s: biar ia menjadi rahsia dan duduk di carta hati.

baiklah...  cuti kali nie x disertai oleh ibu dan ayah since mereka tak dapat p sbb menjaga orang tua, mulanya aku pun tak nak p walaupun tahu dorg (keluarga Haji Samsi) buat kat penang atas sbab kekangan duit.. almaklumlah bila dah hujung2 sem nie, nak mintak kat ayah mcm seganla pulak sbb tak lama lagi nak bukak sekolah, duit pn mesti byk nk guna.

then tengah2 sebuk keciwa nak blk umah KKB makan durian tak dapat my dear sister Aida Fatehah telefon ajak ikut p penang. bila tahu adik2 3 orang tu pon ikut jugak, aku ape lagi... NAKKK IKOOTTTTTT!!!! walapun kekurangan duit.. bhahahaha...

as planned, kakak amik kat UUM pukul 8.30 malam n kami terus makan malam kat roundboard UUM (sponsored), dh boring dah makan kat embun dingin kita makanla kat sintok pulak kan.. boleh pulak jumpa Z and die senyum kat aku kt situ.. kantoi sudah depan kakak aku! >dalam hati ade kumbang lain, isshhh.....

then, kami pulang and tido d umah sewa kakak di kangar. esokknya pukul 9 pagi bertolak ke bwth naik bus double dekker city line,

Ain Syuhadah, Aida Fatehah serupa tak muka kami???
ok then..... sesampai je kat bwth kami singgah makan tengahari kat Wak Bakso, aku mkn nasi, hamik ko sampai RM8 sebab amik seketul daging masak kari, seketul ayam goreng, sesenduk sambal goreng tempe and nasi... kakak pulak amik bakso kena RM 4.30.... dahla sponsored, aku g makan mahal2 kan... sbaik kakak tak kata apa.

1st time p penang naik feri.. so rasailah sendiri pengalaman tu.. rupanya nk dtg penang nie kena sediakan banyak duit syilling ... sbgai pejalan kaki nak masuk penang kena sediakan syiling RM1.20 sponsored jugak. huhuhu...

ruang menunggu utk pejalan kaki naik feri... kate ade wifi ~ p/s: gagak tu sgt comel, die jadi jaga kat situ suruh kami sabar dulu.



ok then.. sesampai penang pada jam 2 petang, kami pun ambil bus menuju ke komtar sbb kakak nak jumpa kawan dia sambil2 tunggu paman2 yang baru sampai kat ipoh tu....

pengalaman naik rapid penang.... jangan cakapla heh..... klu nak rasa begolek dalam bus jangan pegang and sandar pada apa apa. baru aku tahu bus rapid penang tu automatik, padanla kejap laju kejap brek...


bukan shaja bus outomatik, pintu pon automatik
then kami keluar dr komtar dlm jam 5 petang.... menunggu paman yang nak ambil kami di bustop...

komtar building

suka pulak tengok kasut nie.. bila tgk harga... x mampu dek ooii lagi2 hujung sem.. klu awal sem tu bolehla... Rm50 pun berharga bila da hujung2 nie lepas makan seminggu.
ok then, tunggu paman sampai sejam rupanya dia p batu feringgi ikot jalan lain, sedar2 je dh sampai tanjung bungah... terpaksa la kami p cari rapid penang p bayview hotel naik bus.... sekali lagi kita main roller coster dlm bus......

bila p ckp dgn drebar bus nk p bayview hotel patutla lain macam, hotel 4 bintang rupanya... siap berhenti betul2 depan hotel bukan bustop yang agak jauh kebelakang. rasa mcm vvip bila p hotel 4 bintang gitu.....

kat hotel tu adik2 dah tunggu kat tingkat 2 tempat kami menginap siap panggil2 dr atas.. hahaha... naik je p bilik paman and acik nk salam2, kbetulan depa tgh makan and apa lagi kami, kbetulan tgah lapar ngap la dulu.. disamping bekalan rambutan yang ayah tapaukan... slluurrrppp.. sedapnye rambutan ayah....

ok, sesudah makan kami pun ke bilik buat apa yang patut and keluar jalan2 kat situ,..dengan tujuan nak snap2 gambar sebab takut esok tak sempat~~ barulah sedar hard rock cafe sebelah hotel kami menginap.. p beli jajan2 n tjumpa lagi sorg paman kat kedai tu, siap bagi 1 plastik jajan kami makan2....

dengan sepupu sepapat semua


INILAH  PAKWE  SAYA!!! hahaha... adik lah.. tgk muka sama

ini my love.... hahahaha... adik jugak.. muka sama tak? aku selalu rindu dia pijat2 badan...


kami 6 beradik.. lagi 1 takde sedang berjihad
hard rock cafe..... belakang tu.. ajak depa2 nie msk xnkla masing2 penat
ok then... balik bilik pulak,, sayang nk tinggalkan bilik yang cantik tu lama2... dan dan hp samsung rosak time tu x ley oon... wt fish?? baru 4 bulan aku pakai.... lepas je turn kakak aku mandi aku pulak mandi nak mengubat kekeciwaan hp rosak walaupun bilik air ada 2... memasing tahan berak sbb jamban duduk kan then xde paip, main2 pancut pulak paip die dr dlm lubang tu,, tobat nak buang air cane?? time nie la yg aku paling suka.... merehatkan diri dalam air suam2 ala ala tengah mandi dalam air panas,,...sampai kecut jari jemari aku berendam sangat seronok....  even klu kat umah klu blk pun mesti sehari tu kena berendam....

siyesly tidur dalam aircond lagi2 lepas mandi air panas sgt heaven, lena aku tidur sampai akulah orang terakhir bagun tido.... adik2 pun bangun awal lagi dr aku, and then pagi2 takyah mandi lagi kami plan nak p mandi laut, turun je lobby kosong padahal dah pukul 7 pagi.. apelagi p belakang hotel tersergam laut nan indah...

nak mandi taknak mandi laut dia lain macam... siap ade warning lagi 'swim at your risk, beware with jellyfish'
menakutkan kami nak mandi.. siap ade 3 ekor anjing kat situ... penjaga pantai gamaknya... mula2 rasa was was nak mandi, dok berdiri kat gigi air sambil well.... tulis nama aku dan dia atas pantai~ ~ ~

sedar2 je adik2 aku ngan adik adik sepupu dah p terjun laut tu termasukla aku.. aku memang pantang nampak orang lain dah terjun aku tak terjun terjun... aku pun apa lagi... badak berendam dalam tu.... sebabkan pagi2 buta tu takde orang kami pun buat laut tu kami yang punya... gelak gelak tapi xdela sampai dok tengah laut sebab memasing tak pandai berenang.... agak2 puas mandi kami pun naik nak mandi.... tetiba nmpak pulak kakak aku p terjum swimming pool... aku and sepupu ape lagi.. cepat2 bilas dan sekali lagi badak berendam dalam tu.. dapatla mandi situ 30 minit sebelum kene tego dengan orang yang jaga tu sbb pakai tshirt... saje buat2 tak taw even tahu tu hotel 4 bintang x ley mandi tanpa swimming suit... ade aku kesah?? hahaha...

aku naik je rehat2 jap sementara tunggu kakak mandi, smbil; tu pakcik aku tlepon pulak... suruh turun main bola pantai.. dah aku malas la nk main pasir2 sambil badan basah2 mesti kotor terok.. aku pun suruh kakaka ku mandi dulu sambil aku mandi nyanyi2 ala2 mandi dalam rumah gitu... lagi aku suka basahkan rambut sebab ade pengering rambut.. equipment dalam bilik memang superbla macam kat rumah... rase nk buat bilik air camtu satu masa nanti....

siap2 cantik macam nk chek out.... alasan tak nak main bola pantai.. turun je bawah mmg bebudak nie dah abis main pon.. aku pon dok melepak je la tepi pantai tu sambil tengok bebudak tu mandi lagi sekali....

check out pukul 12 tengahari, amik gambar depan hotel then balik..salam salam dengan paman2 lain then balik,... disebabkan ikut paman kenala ikot depa p cari laksa jagung... sesat2.. x jumpa pun laksa jagung tu tp dapat jumpa dlaila laksa... boleh tahan sedap ditambah pula masing2 tengah kelaparan....

lepas je makan laksa misi balik... nak bagi depa depa nie rasa naik feri cane.... tepat jam 5.30 petang sampai bwth then beli tiket p kangar sambil2 makan durian yang ayah tapau...dapat makan sikit je, tapi takpela at least dapat jugak makan kan... huhuhu.... and we end our family outing dengan berpisah di bwth...

gambar2 berikutnya dah xde sbb hp rosak.. sob sob...

and last.... this was the ever after family outing sbb dah lama tak buat kan since atok meninggal and nenek sakit.... bila dh jumpa tu terubat sikit rindu dekat ibu dan ayah bila dapat jumpa adik2... dan juga advance ganjaran pada mereka sebb iman dapat 5A dlm upsr and taqin dapat 1A 6B dalam pmr....

and last but not least... HAPPY ANNIVERSERY yang ke - 26 ayah dan ibu.... terima kasih sebab besarkan kami semua anak- anakmu dan yang pasti... kami anak2 doakan supaya jodoh ayah dan ibu panjang dan dapat melihat kami berjaya menggapai cita- cita masing2...anak mu kini da besar panjang dan tunggu masa dipinang je ni.... hahahaha... doakan ibu dapat menantu cepat2 dan cicit ye.. nak tengok gak ibu jadi nenek muda.. tapi umo ibu dah 46 tahun sempat ke dapat cucu before 50 tahun???



Friday, 30 November 2012

CUKUPKAH SEKADAR MENYINTAI DALAM DIAM

Assalamualaikum...

lama rasanya ambo x menulis dalam blog nie... harinie hari terakhir dlm bulan 11.....
gudbuy november~~~ PLEASE BE NICE WITH ME!!

oke...macam2 jadi dalam bulan november nie pade aku,
dari hal peribadi hinggalah semuanya..
banyak rupanya aku berperang dgn diri sendiri

seperti entry lepas, ade post pasal seorang budak laki nie kan??
siyesly skrg masih x taw status antara dia dan aku..
agaknya TTM lagi sbb aku nie mane nk bkawan dgn lelaki sgt melainkan ada hal...
aku layan budak laki sume sama so orang x dapat detect aku suka sapa sbenarnya...

keluar makan dgn membe laki pun mesti sbb kawan perempuan aku yg ajak....
kira join sajela and kbiasaannya aku malas nk layan dorang bsembang..
lebih baik mendengar kan?? hahahahahaha

kawan2 dok ingat aku suka kejap si A, kejap si B, kejap si C... bila dorang main agak2 aku diam macam meng-iakan dan tidak pula menidakkan....
tp still... dorang xtahu aku suka sapa sebenarnya...

rasanya seumur hidup aku tak pernah keluar makan dgn dia wlaupun makan semeja dalam kumpulan atau kami 2...
memangla die kawan aku tapi aku segan n pasti die pun segan jugak..
jadi.. cukupkah kalau aku suka dia dalam diam je???

terasa bila umur 21 tahun nie macam makin menggatal je...

fakta: ibu and ayah berkahwin 21/12/1986 ketika ibu berumur 21 tahun.... happy anniversery ayah and ibu yang ke-26~~



im still waiting for ur text.....   :: xoxoxo ::

Thursday, 8 November 2012

cerita cinta

Assalamualaikum readers...

maybe NOVEMBER is lucky month to LOVE

its it??

okela... lama tak update blog tentang personal life nie kan> memang lama dah pon blog nie bersawang. klu bela rumput dh jadi lalang... -_-

harinie nk story skit tentang seseorang yang secretly love me. suka saya > tak tawla suka dia tu serious ke tak?? sbb bagi aku klu bercinta tu terus biar serious taknak main main.

kami dah kenal agak lama... sekarang nie dah 21tahun.. means aku dan dia dh kenal hampir 6 tahun... kalau dulu memang suka gitu2 kat dia. biasalah alam persekolahan. minat kat orang dan jamu mata tu biasa kan?

kami continue study kat tempat yang sama. matrik yang sama.(lain kuliah) dan universiti yang sama. sama course pulak tu.

seseorang penah menyakat..... blh dikatakan cikgu bg syushu la yg jodoh aku kuat dgn dia. ( ada apa2 dgn dia tu yg plan dpt u and matrik sama), tapi kami x plan pon nk sama2.. tp dapat sama. seriously terkejut bila dia dpt u dan course yang sama

1. apa pandangan anda bila seseorang yang anda kenal a.k.a kawan mcm tak kenal je anda.... terserempak pun boleh macam tak perasan.sedih kan? so aku pun buang perasaan yang ada > mind set, dia mesti tak suka kat aku

2. klu sblm nie, korang msg dia nk tnye pasal study ape2la ttg assigment ke ape ke die jawab sepatah. > macam mls layan.... tetibe.. dia boleh bg sms selamat hari raya haji ++++ layan msg n pertanyaan siap mention mknn feberet lagi... x pernah seumur idop syushu kawan laki ckp mknn ape yg dia suka. kwn2 laki korg penah tak?

3. dia tegur korang yang dah mula dress up. > dia tego aritu : ain, ko pakai gincu ye.. oohh dah pandai ye skrg.. ko ade suka sape2 ke? tobat aku nk gtaw dia aku suka sapa

4. dia mcm dah mula nk share ape2 dgn korang > lecture bagi handout tak cukup, dia bg paper die kat ko tnpa diminta n disuruh. even kwn korg yg dok betul2 blakang dia pn dia still nk bg kat korg.. pelik kan...

5. seriously ko ajkla dia p mana2 or kawan dia ajk lepak n makan dgn korang. tobat taknak ikot... and dia blh pulak ikot kan?? > kebetulannye time tu aku tak g >>

6. tga2 kawan2 rancak sembang dia blh tnya > eh.. budak tu bagi respon tak. kawan2 yg dok tga sembang nie pelik respon apa. sbb ptnyaan mengejut dan x bermula dgn A, trus ke S.. ;p dia ckp. 'tak.. budak yang ain suka tu bg respon tak' >> show yang dia nak ambil tahu. sikap sebelum nie yang x pernah aku nmpak kat dia. nak ambil tahu sgt tentang org lain.

7. instint. dia ada instint sapa orang yang aku suka bdasarkan klu yang pernah aku bg kat kawan dia. aku bagi klu yang mmg susah diorang nk cari.dia tembak tepat pada individu yang aku suka. dia taw siapa aku suka > kenapa dia tak tembak nama orang lain?? aku taktaw

8. dia tnye kwn .. msg jiwang2 dlm fb tu utk budak laki tu ke?? aik... means dia ambil tahu jugak ttg aku.

9. dia ckp: aku kalau suka / minat kat orang aku x pernah nk bagitaw sesapa, aku diam je... tapi bila aku taw dia suka orang lain.... >> ayat sedih yang menyentuh jiwa aku.

dr 9 petanda diatas aku amatlah yakin yang dia ade feeling kat aku....

so... aku mahu kumpul kekuatan utk face to face dgn dia betul or tak.... KUATKAH AKU BERHADAPAN DGN PERASAAN SENDIRI? UNTUK JUJUR DENGAN DIA TTG PERASAAN AKU PADA DIA


ADAKAH DIA JODOHKU??? > klu diberi pilihan aku akan memilih dia yang kenal keluargaku., dia yang kenal aku masa aku selekeh. dia yang kenal warna sebenar aku dan DIA YANG LIHAT PERUBAHAN AKU.......



 kerna aku mahukan dia yang



perasaan aku skrg nie >> taktaw nak cakap apa sebab aku keliru antara individu yang aku suka dan individu yang suka aku...

betul ke wei ko???> bahasa aku kat dia, aku - ko

Thursday, 1 November 2012

cinta komplex

Assalamualaikum semua...

cinta komplex ye,, ape itu cinta? apa itu komplex? cinta juga blh jadi complex kan? syushu percaya setiap orang mempunyai ceritera cinta masih masing...

tapi hari nie syushu nak berita tentang cinta komplex = harinie jom movie preview....

bkn movie baru tapi movie lama da....

baru tadi  syushu dok godek godek lappy nie ada apa n terjumpa 1 movie nie...

LOVELY COMPLEX @ LOVE.COM


apa cerita menariknye movie nie?

hehe...

sinopsis die camni..

si perempuan (Risa) nie tinggi and si lelaki (otani) pendek... mase dorang meluahkan perasaan kat pasangan masing2 dorang kena reject sebab Risa pilih lelaki yg rendah and sama juga Otani yang bila meluahkan perasaan kena reject sebab perempuan yg dia suka lebih tinggi...

sebelum dorang break pasangan masing2 nie nasihatkanla  pilih pasangan yg bersesuaian dgn dorang

dah ditakdirkan dorang kelas yang sama semasa high school and duduk bersebelahan.

kawan2 rapat mereka nie selalu padankan dorang sebab mmg dorang ade byk persamaan pun, sebabkan Risa dan Otani mempunyai minat yang sama mereka selalu keluar bersama...ntah macam mana si RIsa nie boleh jatuh hati kat Otani... TAPI........

bila Risa luahkan perasaan Otani ingat Risa bergurau, Risa marah and cakap kat Otani yang dia serius, hubungan mereka jadi renggang sebab tu...

untuk menyedapkan hati Otani, Risa cakap yang sebenarnya dia bergurau....

mereka pun berkawan macam biasa, tapi kehadiran cikgu baru yang bernama Kuinumi Maitake telah mengubah segalanya...

Risa yang heart broken, Otani yang lurus dan cikgu maitake yang kacak dan hebat...

nak tahu endingnye? adakah Otani sedar perasaan sebenarnya? apakah yang Otani lakukan untuk mendapatkan Risa kembali.... apakah mereka tidak malu berhadapan dengan khalayak sebagai pasangan kekasih dimana yang perempuan tinggi dan si lelaki rendah?

silala tengok cerita nie....

notakakicinta : tengah berfikir apakah pandangan masyarakat mengenai pasangan perempuan tinggi dan lelaki pendek... ;p . bagi syushu its ok yang penting keserasian pasangan tersebut dan saling melengkapi antara satu sama lain.. cinta perlu kpd redha Allah dan restu ibu dan ayah = baru bahagia. INSYAALLAH... chillx

CINTA TIDAK MENGENAL PARAS RUPA, YANG PENTING HATI BUDI. ITU SEBAB ADA PEPATAH CINTA ITU BUTA

>>>> PERKAHWINAN ITU JIHAD <<<< CINTA SELEPAS NIKAH PLEASSEEE!!! hehehehehe


Friday, 7 September 2012

KERANA AKU CINTA DIA

Assalamualaikum...

bertemu kembali para pembaca sekalian..


KERANA AKU CINTA DIA

kerana aku cintakan dia, aku relakan dia pergi.............

cuba dengar balik bait bait lagu kisah hati oleh alyah...

cinta kau dan aku, takkan mungkin bersatu

kerana aku cintakan dia, aku ingin lihat dia bahagia....

kerana aku cintakan dia, aku ingin lihat dia berjaya....


kisah cinta... tidak semestinya berakhir dengan bahagia....

jadi... aku ingin lihat kebahagiaan dia jika bukan aku yang boleh membuatkan dia bahagia....


Tuhan.... tolong jagakan dia untukku... kerana aku tak mampu untuk bahagia kan dia dengan dayaku, dengan hatiku,.... hanya doa mampu kukirimkan.... amin.....


notakakibusuk : post nie da lame simpan dalam blog nie, ditulis smase aku rindukan dia.... YA Allah.. lindungilah dia walaupun dimanapun DIA berada....

Sunday, 26 August 2012

Tika Semangat Raya menjelma

Assalamualaikum semua...

dah raya keenam baru sebetulnya semangat untuk beraya dan bertandang kerumah rakan-rakan menjelma..

dan pada hari jumaat yang lepas... ain bersama rakan-rakan, sikembar hamizah dan hafizah hussin serta filzah bertandang (baraan) kerumah beberapa rakan sekolah yang ada dirumah...

rumah pertama bermula dengan rumah ain dimana exitednye mereka melihat kucing2 yang tetiba menjadi tidak malu kepada manusia... lepas makan kami pergi kerumah teman lama yang terputus hubungan, pak lah...

edisi menerjah membawa kami kerumah Fakrullah Azizi,


dah lama lost contact dgn pak lah nie,fb pon die dh stop and then kbetulan past 2 year or thn lepas kot g raye rumah die,tu yg taw ktne rumah dia..

selepas itu, kami terjah pula rumah Hafis Sidek, dlm pkul12 tgahari... lama jugakla kat rumah dia wlaupun rancang nak singgah kejap je..


and then kami beraya rumah Filzah sementara tunggu adik2 semayang jumaat... nak pencen dah Wak Leman nie...


next rumah hakim.... skandal zaman sekolah ami... masih tak dapat beza mana 1 skandal... ssh jugak muka sama nie kan? huhuhuhu, sabar jela.........


selepas dirumah Hakim, kami beraya kerumah Sarah pula.. nie betul2 lama x jumpa... last mase tingkatan3 dulu.. kiralah dah bape tahun...

SAJA BUAT MUKA,

lepas ke rumah Sarah kami terus ke rumah mustamin yang terletak di rawang, sampai sana lebih kurang 30minit, dapatla sejam lebiih beraya dan bjumpa...



then, around 7pm kami pun bergerak ke rumah sikembar, rumah terakhir di bukit sentosa... pulang dlm pkul 9pm...

beraya bukan sekadar mahu duit raya, tapi jua supaya dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, mohla kita layan beberapa gambar ketika beraya dirumah orang, lihat telatah mereka....

















DI RUMAH INILAH KAMI DIPERTEMUKAN DAN MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM YANG TERBINA......

RINDU MEMORI LAMA, RINDU SEKOLAH!!!!

TERIMA KASIH SEMUA KERANA HADIR KALIAN MENCERIAKAN, MEWARNAI HARI HARIKU....