Thursday 31 May 2012

bila hati sudah girang. girang?

Assalamualaikum semua...

pejam celik pejam celik esok dah masuk 1 jun... bermakna x sampai 2 bulan lagi kita dah nk masuk bulan ramadhan kan?

sekejap je setahun berlalu.. tapi dalam masa setahun nie macam mana dengan amal kita? ok ke tak?

ha.. lagi 1, sesape yg ade hutang pose tu dh habis ganti ke? karang tak pasal2 kena bayar fidyah or pilihan lainnye jika tak berkemampuan adalah menggandakan puasa yang berbaki jika mahu menggantinya selepas syawal nanti...

saje je pilih hari nie nak update blog sebab esok 1 jun...

ade ape dengan jun?

ade ape dengan mei?

hai hai JUN bermakna HAI HAI FINAL EXAM.....

wa.... final exam utk sem 4 dan next sem adalah sem 5.... apa? sudah masuk tahun ke-3 di UUM !! kejapnye.......

ok la...

ade ape dengan mei?

selamat tinggal mei... ;p

semalam adalah hari paling bahagia... siap je print asigmnet , solat jap terus g dk6 nk jumpa lec, nk tgk carry mark la...tp nk buat cane.. lec busy taknak jumpe kami...

so... menapak dr bgunan MMTC ke bgunan COB > MEMANG HEBAT !!

sebab exited nk bakar lemak.. fiza kene buli jalan kaki dr MMTC ke COB.. hehehe

 last tugasan utk sem nie... LAPORAN USAHAWAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012 &  LAPORAN PRESTASI KEWANGAN 2 SYARIKAT DLM 1 INDUSTRI


nampak tak yg color oren tu tebal macam thesis? waw



LAPORAN USAHAWAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012

- TO : DR LILY JULIENTY BT ABU BAKAR

sayang nak meelepaskan ia pergi... KONON

tolak sikit

then nk snap lagi sekali baru perasan laporan tu dah masuk bawah pintu -.-"

exited pnye pasal..... yang color oren tu xdapat hantar semalam sebab lecturer takde.. tp tadi around 11 am member se group dah hantar kat tgn lecturer sendiri.. > gembira pulak budak tu..

ish2...

JIWA KACAU KEMBALI LAGI.........

KENAPA????

sebab..........

perasaan nak balik rumah membuak - buak bila pandang gambar nie....


haha... syok sendiri ke suka kat gamba sendiri? takla... tu budak kaler hijau tu... RINDUNYE KAT DIE....

iman hidung kemek... t akak balik kite tido same ye? rindu nak peluk iman, rindu nak iman baring atas riba kakak dengan rambut duri tu...

rindu nak marah iman.... rindu  semua RINDU !!!!

huhu...

sekian....

ESOK 1 JUN !!!!!!!!

Sunday 20 May 2012

DOA BUAT KEKASIH

Ya Allah..
Izinkan aku mencintainya kerana_Mu,
Jangan biarkan diri terlena dengan cinta DUNIA.
Andai semua ini bukan kehendak_Mu,
Jika semua ini karena ego dan nafsu,
... Biarlah rasa ini pudar,
Biarkan semuanya hilang.

Dan..
Jika kesendirian ini cara_Mu mencintaiku,
Biarlah aku sendiri,
Larut dan tenggelam dalam cinta_Mu.

Tapi..
Jika dia adalah pilihan_Mu,
Datang atas redha_Mu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku pada_Mu,

Maka, satukan hatinya dan hatiku.
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi..

Aamiin Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin.

Saturday 19 May 2012

ciri ciri wanita sejuk dipandang

Assalamualaikum semua..

pada petang yang indah ni mari kita lihat ciri ciri wanita yang manis dipandang atau kata lainnya sejuk mata memandang oleh kaum lelaki ataupun kaum warga emas.. mana taw sapa sapa yang ada ciri ciri nie senang untuk memikat hati bakal mak mertua

.:: – Bersopan satun

.:: – Sentiasa memaniskan wajah

.:: – Sentiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

Tuesday 15 May 2012

Loss Weight Mission - day 9

Assalamualaikum...

Loss weight mission,

ok... sebenarnye syushu da mulakan mission nie 9 hari yang lepas dan hari ni adalah hari yang ke 9

tak sempat nak update dari hari yang pertama lagi...

entah mengapa, bila dengar nama produk nie dengan keberkesanan die je syushu jadi tertarik, kalau dengan produk lain, see-interested-no action. but dengan produk nie syushu bertekad nak walaupun takde budget

apa produk tu?

let we see.....


+

 

ha... nila die produk die...

produk ape tu?

nie adalah produk yang dapat meningkatkan kadar metabolisme kita dan seterusnya aktif membakar lemak..

bagi individu seperti syushu yang bila makan terlebih je mesti berat badan naik amatlah sesuai untuk mengambil pil nie....

dalam botol nie ada 36 biji = RM 100

mahal kan? huhuhu

ok, 1st day syushu makan rasa ok je.. just badan dah tak letih walaupun kena jalan jauh, ulang alik dari kelas, naik bus... dan perbagai aktiviti rasa selesa...

syushu makan ubat nie sebelum pergi kelas dalam keadaan perut kosong dan diwaktu malam pula syushu memakai detox gold untuk membuang toksin dalam badan..

bila makan pil nie selera makan kita berkurang dan dapat menjimatkan duit belanja harian untuk makan sahaja yang rata ratanya RM10-RM15 sehari..

berbaloi kan? memangla ubat nie agak mahal, dlm RM2.80 sebijik, tapi penjimatan yang kita buat bila makan pun berkurang, syushu rasa berbaloi sangat sangat..

sekian saja untuk hari nie...

day 9 : weight loss 7 kilo (^__^)

Saturday 12 May 2012

NAK BALIK RUMAH !!

Assalamualaikum..

penulisan dimulakan dengan bismillah...

hati meronta, kaki gelisah mahu pulang..

pasti ada yang ingat rindu kat family kan?

ha.. itu memang faktor kedua...

tapi faktor pertama sekali adalah soal keselamatan.....

boleh tak anda bayangkan bila terpaksa terhendap hendap bagaikan pencuri sedari pukul 11 malam dan ke atas? tandas yang hanya berada didepan bilik terpaksa mengajak roomate jika ingin melepaskan hajat.

aktiviti membasuh baju diwaktu malam terpaksa ditunda dan perlu membasuh baju di waktu pagi?

jika dahulunya, kedengaran individu membasuh baju pada jam 12 malam, ke 2 pagi.. kami bebas dan riang gembira membasuh baju ataupun menggunakan tandas sesuka hati bila bila masa...

tapi kini, satu demi satu ancaman diterima oleh kami, kaum perempuan a.k.a blok perempuan di dewan penginapan pelajar....

jika dahulunya, kes melibatkan pecah masuk ke bl0k perempuan sangatla jarang tapi kini......

jika dahulu hanya 1 dua kes didengari dalam sebulan tapi kini.....

almost setiap hari kedengaran rakan bercerita itu dan ini.

cth : kau taw malam tadi masa aku lalu bilik pantry aku ada nampak bayang lelaki gelap, terus aku lari laju laju masuk bilik

malam lusa... kau taw malam semalam ada senior kena kejar masa nak balik dari bilik air, die tunggu kat tangga nak cekup...

almost everyday... when night comes....  sekarang nie... apa-apa aktiviti pelajar dah tak boleh balik lewat, menjadikan mahu keluar bilik pun takut, yang ada discussion kat bilik kawan pulak kena stay up sampai pagi esok....

pergerakan terbatas dari kesana kemari... aktiviti tersekat daripada itu dan ini..

misi dan visi mereka adalah untuk mencekup dan dijadikan gulai kesukaan mereka...

tak tahula mereka nie kenal erti takut ke tak, selagi unit keselamatan tidak berjaya mencekup walaupun seorang geng mereka, selagi itu mereka akan mengganas.....

siapakah mereka? MEREKALAH AWANG ITAM a.k.a ORANG BERKULIT HITAM

kadangkala syushu berfikir sejenak. adakah aku berada di tanah air ku sendiri dimana sepatutnya aku selesa berada di tempat sendiri dan tidak berada dalam ketakutan?

adakah aku berada disini, berjuang menuntut ilmu dalam keadaan ketakutan dan terancam?

syushu rasa nak extend je sem nie.. presure subjek yang makin susah, nak kena pikir pulak keselamatan. pikir tu pikir jugak tapi setiap masa, saat dan waktu bila nak keluar dari bilik je kena fikir 580 kali. terpaksa gerakkan roomate yang sedang tidur. sampai rasa letih sebab rasa terancam yang amat sangat. bila fikir, kalau aku keluar bilik karang dorang cekup aku pun jadi gulai. mana nak letak muka?

nauzubillah min zaliq...

Ya Allah.... lindungilah aku dan rakan rakanku dari bahaya yang datang dari tangan manusia itu sendiri. lindungilah aku dari fitnah dunia... dan peliharalah maruahku selagi aku menjaga ia dengan sebaiknya dari disentuhi lelaki selain suamiku.... Amin.....

Friday 11 May 2012

BILA KUALI BERASAP

assalamualaikum...

apa khabar hari nie?

suasana nat UUM nie sejuk je, sebab baru lepas hujan...

syok dpt tidur time hujan selepas keletihan di pagi hari..

letih? buat pa sampai letih tu? hahaha...

oklah.... syushu citer ye, pagi tadi syushu, farah and mad nor menyertai pertandingan memasak 'PERANG KUALI' yang di anjurkan oleh DPPKU KEBANGGAANKU sime darby.... yang bertemakan masakan tradisional

nak diikutkan kami boleh dikira 1st peserta yang datang kat situ, bukan main semangat nak masak ye... huhu..

kami dapat lauk ayam + kangkung... ayam... si mad nor memang da plan nak buat UNGKEP kalau dapat lauk ayam, so bila dapat ayam memang kelebihanla kat situ....

UNKEP?? apa tu? ha... tula masakan tradisional orang jawa. tapi rasanya masakan tradisional orang jawa johor kot, sebab syushu jawa jugak. jawa selangor and tak pernah taw pun menu tu.. hehe.. balik kena tanya ibu nie....

main chef kitaorang, abang mad nor>abg ke? masak UNGKEP dan kami berdua masak sayur yang diberi sayur kangkung terbang since kiteorang pun main campak campak je bahan bahan nye ikut sesedap rasa....

masuk ptandingan nie pun sbb nak tolong cukupkan orang je, tak sangka pulak boleh jadi menang... MENANG? no berapa? ha... dalam sejarah kami dapat JOHAN.... hadiahnye bese bese je.. tapi dapatla balik modal... hadiah utama dapat RM40+ hamper, bila tolak2 untung bersih dapat RM5.. cam upah masakla tu...

 so, next time kami nak masuk lagi ptandingan nie......


KAMI KUMPULAN SENDUK BESI



tekun memotong



Sedapnye.. nk rasa boleh?

cukup ke garam tu?


tumbuk farah jangan tak tumbuk

nie nak potong macam mana ya?

cepat cepat, yang lain dah siap!
UNGKEP~~~
KANGKUNG TERBANG


hasilnya
tak sangka dapat JOHAN .. suka tak tertahan

kami menag... YEAY
mambang MERAH

dgn individu yg meramal kejuaraan kami


notakakicinta : tak sangka masakan kami memikat hati juri... hihi...

UPDATE : faktor utama kemenangan itu adalah krn resepinya.. group lain punya resepi to common and resepi yang dibawa oleh mad nor tu adalah lain dari yang lain, resepi tradisional masyarakat jawa johor. So, tak kesahla sapa yang handal masak disini. bila kita ikhlas bertanding dan memang dari awal masuk pun untuk suka suka dan rezeki itu dari ALLAH. Kemenangan itu adalah keputusan atas pihak juri, kalah dan menang adat bertanding. Disini Syushu taknak la riak, cuma mahu berkongsi kegembiraan kemenangan bersama since this is my love story dan bukan syushu pun main chef die. masuk tak masuk, menang tak menang itu rezeki dan rezeki orang pun lain-lain.

So, kalau aku masuk, kalau ko masuk , aku menang, kau kalah tu xkan terjadilah sebab benda dah lepas kan?  PEACE !!!

Thursday 10 May 2012

Giveaway, Madkins Babyy Blog



SYUSHU SAYANG KUCING

tidak disedari bilakah Syushu mula menyayangi kucing
tapi apa yang pasti... setiap kucing mempunyai 'muka' , sikap dan telatah yang berbeza....

dimana mana saja kucing pasti akan menarik perhatian walaupun di kedai makan or di pasar
syushu rasa simpati kepada kucing yang dihinggapi kurap..

ayah adalah idolaku dalam hobi cintakan kucing ini...
kerana ayah, sangat menyayangi kucing dah bersikap belas terhadap mereka..

kucing.,. dapat mengilangkan tekanan yang melanda dan menghiburkan hati yang sedang rawan....


dibawah adalah koleksi kucing x bertuan.. ;p





and.. this is my lovely cat... overall skrg nie ade 7 ekor~~~

gigit kaki tu

suka gaduh

nak bermanja je kejenye...

kembar yg berlainan warna

toiinnkk!!

kak ngah ngantukla....

lotong nak main

kak chik dgn abang chik

debot jr. dgn bang chik

debot jr. tgu makanan kat pintu dapur


exited kalau dapat hadiah dari madkin's babyy for sure barang barang yang dijual oleh ownernye izyan izzati mohammad membuatkan syushu geram and teringin nak beli even time tu tgh sesak....

tak kesahla dapat hadiah apa sebab semua yang madkin's babyy nak bagi sume berkenan, termasuklah Fashion bag dan DSLR canon pandrive...

WORDLESS WEDNESDAY #2


Wednesday 9 May 2012

EXPECT THE UNEXPECTED

Assalamualaikum...

pagi yang indah nie mari kita tarik nafas panjang panjang...

hembus.... lepas... hembus,,, lepas...... hembus........................................................ lepas..

hah!

expect the unexpected.....

sepatutnya syushu kena selalu beringat akan sesuatu...

tapi tu la.....kita selalu tak menduga sesuatu perkara tu boleh berlaku kan?

actually baru dapat taw ayah dah berhenti kerja sbgai security guard di pejabat risda daerah... kiranya sebagai part time ayah la... lama tak lama juga ayah kerja kat sana, sejak syushu tak lahir lagi. ibu cakap, dulu ayah dapat kerja kat situ masa ibu mengandungkan kakak sulung... macam rezeki anakla orang kata....

itulah 1st job ayah dapat masa zaman 80-an dengan hanya result pmr. ayah tak belajar tinggi sebab nak bagi laluan kat adik adik dia. then masa mengandungkan syushu ayah dapat kerja dekat pertubuhan peladang kawasan kuala kubu bharu. disebabkan sayang dengan kerja guard tu ayah tak nak berhenti kerja + dulu kerja guard murah.. nak cari pengganti pun susah....

nak dikatakan hampir 24 tahun ayah kerja kat situ, ayah memang seorang yang aktif, kalau tak kerja pun dia mesti berkebun. even sakit demam pun still nak p kebun unless kalau sakit perut sebab sakit dalaman nie ayah memang tak boleh tahan. ayah akan kerja 8 pagi- 5petang di pertubuhan peladang dan shift 11malam -6pagi di risda 3/4 kali seminggu. memang tanggungjawab ayah berat, balik je rumah kena uruskan atuk yang terlantar sakt akibat lumpuh > kesan merokok byk.

anak anak dia yang seramai 6 orang, kakak sambung master-ayah kena topup sikit sebab tak mohon pinjaman + yuran universiti, UNIMAP yang tanggung.... syushu memangla study kat sini. UUM itu jauh, ptptn memang tak cukup, adik perempuan syushu pulak sekarang nie kat mesir. kena topup dia juga sebab pembiayaan zakat cukup cukup je, kalau nak balik malaysia parents kena support sendiri, adik lelaki 2 orang tahun nie PMR dan UPSR, and yang bongsu darjah 4.

zaman sekarang nie sekolah asyik minta duit je, masa syushu cuti midsem haritu pun sekolah still minta duit untuk pelbagai program. kos tanggungan ayah semakin meningkat dizaman siber nie, belanja makin mahal.. tanggungan yang semakin membesar asyik nak duit... < termasuklah syushu.

isi rumah yang ayah kena tanggung kje total 10 orang, syushu 6 beradik, ibu, ayah, nenek belah ibu yang terlantar juga + atok belah ayah yang terlantar juga

nak taw apa punca ayah kena berhenti. nak tak nak kena berhenti jugak. ayah kena pindah ke cawangan di pahang. gara gara pejabat risda kena rompak bulan 3 tempoh hari. masa dapat taw ayah kena rompak, hati dah tak keruan sebab takut ayah ada cedera tak. memang dah sikap ayah. kalau telefon pun tak pernah nak cakap pe yang berlaku kat diri dia. memang pelik haritu masa telefon ayah, ayah cakap die ade kat kampung. dapat taw pun dari ibu bila telefon pada hari yang sama.

ayah cakap perompak tu ada 3 orang > berpandukan dari suara yang ayah dengar and ayah berada disofa ketika itu nampak ada seorang perompak sedang memerhatikan ayah. ayah bertindak mendiamkan diri seolah olah sedang tidur. sebab insiden rompakan tu ayah kena pindah. pahang tu jauh... JENAYAH MEMBAWA PADAH - padah/ ujian kepada kami sekeluarga

memang da sikap ibu dan ayah, kalau salah sorang kena pindah dorang akan tolak tawaran tu walaupun terpaksa berhenti kerja. mungkin salah satu faktornya tidak mahu brpisah antara satu sama lain mahupun tanggungjawab yang mereka ada. ibu sanggup tolak tawaran naik pangkat kerana fikirkan tanggungjawab pada anak anak, suami dan kepada ibunya sendiri yang selalunya akan tinggal bersama kami.

kalau kehidupan rasa ok je, bila difikirkan ayah berhenti kerja dan pendapatan isi rumah dah berkurang sebanyak RM1500 syushu jadi takut. syushu dah kena fikir bila belanja. syushu kena jimat dalam semua hal. and yang penting.. syushu kena cari part time bila cuti nanti... tapi. kuala kubu tu kecil. nak cari kerja memang susah.. kena bersaing denga budak yang tak belajar, budak degree yang cuti sekali and orang asli. gaji kat sana memang paling mahal pun rm550, tu pun kerja 12 jam sehari. tapi ayah, adah janji adah akan jimat selagi yang mampu ayah......

ayah... adah taw ayah sedang simpan duit untuk operation buah pinggang ayah kan? batu karang tu anytime boleh sebesar bola tenis and ketika tu ayah kena operation jugak. tapi adah tak taw berapa kos rawatannya..... adah tak taw berapa kos akan terlibat dalam tempoh penyembuhan ayah sebab mesti ayah akan cuti tanpa gaji selama sebulan.... ayah....

ayah.... tak sangka kan.... gambar ayah beruniform guard yang adah letak dalam hanphone tu akan menjadi kenangan..... SABARLAH WAHAI AYAH

ada hikmah disebalik yang berlaku.....


 TERIMA KASIH AYAH KERANA BERI KEHIDUPAN AYAH KEPADA KAMI.....

SAYANG AYAH

notakakicinta : hopely kawan kawan akan paham ungkapan TIDAK apabila mengajak saya keluar.

Tuesday 8 May 2012

isn't fairy tale

Assalamualaikum semua.....

amacam hari nie? ok? sehat ke? hati pulak macam mana... jeng jeng jeng..

langit tak selalu cerah, langit juga tak selalu mendung... pasti ada kebahagiaan yang akan tercipta, cuma waktu dan saatnya akan tiba tanpa diduga...

Syushu nak cerita kebahagiaan buat hari nie...

tak pernah terniat, tak pernah terdetik dan tak pernah terpikir pun benda nie semua nak berlaku hari ini..

ape ye?

.
.
.
.
 macam suspen je kan?

huhu... actually harinie Syushu ada program universiti, program bual bicara bersama alumni dan SSM

 memang dah tau dari awal yang program nie disertai bersama oleh budak kelas jaringan yang akan bukak booth kat situ..

tapi tak tersangka pulak akan terjumpa pujaan hati yang turut serta bukak booth kat situ.. huhu...

nampak, tapi buat buat tak nampak...

haha.... boleh ke?

bolehla... maaf ye Mr.Z... saye saje je buat buat tak nampak kat awak... tapi dalam hati, mengelabah tak terkata... makan jadi tak lalu, saja je kesana kemari sebab nak nampak awak dari dekat,. hu3.... bahagia bila dapat usha awak... ;p

ok, thats was the first thing... and second? secara rasminya hari ini terciptalah REACHFUTURE ENT. sebuah perniagaan yang sah didaftarkan dibawah SSM and owner die adalah syushu.... ya allah.. exitednye...  sapa nak jadi rakan kongsi? boleh aje..

tu la nama yang difikir dalam masa yang singkat, tak plan pun nak daftar nama syarikat, tp bila difikirkan dorang buka kaunter kat situ, tak payah susah susah nak pergi daftar kat cawangan dan business sambilan dah ada, .and kalau customer nak minta resit pening pulak kepala nak pikir. jadi... buat jela ye... ;p

harapan syushu supaya perniagaan nie berpanjangan


JANGAN PUTUS ASA


JANGAN MALU


RAJIN BERUSAHA


TANGKAP PELUANG


BERINOVASI DN BERKREATIVITILAH!

dengan terdaftarnya nama syarikat nie bermakna Syushu dah ke satu fasa dalam bidang perniagaan....



dengan harapan, dua perkara membahagiakan yang terjadi hariini direstui dan diberkati....

notakakicinta: adakah ada jodoh antara kita? mr.Z im waiting for u

Sunday 6 May 2012

kenapa aku masih SINGLE #1


" Allah knows the best. Allah saves me from facing another heartbroken and that's wonderful because I just can't bear with another heartbroken. Allah is Ar-Rahman & Ar-Rahim. I'm ordinary. I'm not perfect.Girls, protect your dignity,your heart, and guys, please protect the girl you love. Please save your love story. Choose someone to marry, not someone for you to only walking around and be happy. "
 
 

Saturday 5 May 2012

Mahalkah Harga untuk Bertudung 'Labuh' ??

Assalamualaikum reader......

ha... MAHALKAH HARGA BERTUDUNG LABUH?

nie yang Syushu nak ulas sikit....

orang kata setiap perubahan tu perlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan tu pasti ada cahaya disebaliknya..

tapi pengorbanan yang kita lakukan nie bukan perkara sedih ye.. pengorbanan yang bakal kita lakukan ini adalah hijrah kita untuk menjadi lebih baik

hati sentiasa meronta-ronta bila berpakaian. ish.. seksi sangat ke, agak-agak lelaki pandang tak? semua tu Syushu ambil kira sebab kalau boleh bila  Syushu ke mana mana biarlah kehadiran tidak disedari, diperhati dan sebagainya

nak bertudung labuh tak mahal.. selagi kita kretif dan berinovasi untuk melakukan perubahan terhadap tudung yang kita pakai. ada yang kata kalau bertudung labuh nie tak dapat berfesyen.... sapa kata?

dengan pashmina pun kita boleh berfesyen + labuhkan dia


kalau dulu, tak terfikir pulak nak pakai gini, boleh buat gini. cuma pakai stail yang orang lain pakai je... bila tengok ustaz don punya ceramah, nak pakai selendang boleh tapi
tutup dada
tutup belakang
tutup tepi tangan tu
terfikir pulak, camna nak labuhkan tudung, adoi.. senang je rupanya berfesyen yang boleh tutup ke semua diatas

PAKAI TUDUNG LABUH TAK MAHAL, CUBA TEROKAI ALMARI ANDA DAN ANDA KAN TEMUI SESUATU DIDALAMNYA

labuhkan tudung termasuk dalam ciri ciri menutup aurat yang sempurna
  • Labuhkan baju
  • Labuhkan tudung
  • Longgarkan baju 
  • Longgarkan seluar
  • Labuhkan tangan baju
  • Longgarkan kain
  • Pakai sarung kaki/stokin 
♥♥ Tudung labuh tak wajib pon awak, yang wajib tutup aurat , tapi orang yang tutup aurat sudah semestinya akan melabuhkan tudungnya ♥♥



notakakicinta: sebetulnya bertudung labuh., KUATKAH AKU?

Friday 4 May 2012

30 perkara perempuan tidak sempat beritahu lelaki

Assalamualaikum pembaca.....

Dahsyat sungguh pompuan ni kan…banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. termasukla aye....ye ke tak sempat bagitau? jeng jeng jeng...silakan baca. LIKE IF AGREE

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamumenegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolakcintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. - ha... nie point penting.. mesti ramai pernah buat...

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. - tettt

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi/Assalamualaikum‘ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

ha.... betul tak seperti yang dibawah? LIKE JIKA SETUJU.... ^_^