Wednesday 9 May 2012

EXPECT THE UNEXPECTED

Assalamualaikum...

pagi yang indah nie mari kita tarik nafas panjang panjang...

hembus.... lepas... hembus,,, lepas...... hembus........................................................ lepas..

hah!

expect the unexpected.....

sepatutnya syushu kena selalu beringat akan sesuatu...

tapi tu la.....kita selalu tak menduga sesuatu perkara tu boleh berlaku kan?

actually baru dapat taw ayah dah berhenti kerja sbgai security guard di pejabat risda daerah... kiranya sebagai part time ayah la... lama tak lama juga ayah kerja kat sana, sejak syushu tak lahir lagi. ibu cakap, dulu ayah dapat kerja kat situ masa ibu mengandungkan kakak sulung... macam rezeki anakla orang kata....

itulah 1st job ayah dapat masa zaman 80-an dengan hanya result pmr. ayah tak belajar tinggi sebab nak bagi laluan kat adik adik dia. then masa mengandungkan syushu ayah dapat kerja dekat pertubuhan peladang kawasan kuala kubu bharu. disebabkan sayang dengan kerja guard tu ayah tak nak berhenti kerja + dulu kerja guard murah.. nak cari pengganti pun susah....

nak dikatakan hampir 24 tahun ayah kerja kat situ, ayah memang seorang yang aktif, kalau tak kerja pun dia mesti berkebun. even sakit demam pun still nak p kebun unless kalau sakit perut sebab sakit dalaman nie ayah memang tak boleh tahan. ayah akan kerja 8 pagi- 5petang di pertubuhan peladang dan shift 11malam -6pagi di risda 3/4 kali seminggu. memang tanggungjawab ayah berat, balik je rumah kena uruskan atuk yang terlantar sakt akibat lumpuh > kesan merokok byk.

anak anak dia yang seramai 6 orang, kakak sambung master-ayah kena topup sikit sebab tak mohon pinjaman + yuran universiti, UNIMAP yang tanggung.... syushu memangla study kat sini. UUM itu jauh, ptptn memang tak cukup, adik perempuan syushu pulak sekarang nie kat mesir. kena topup dia juga sebab pembiayaan zakat cukup cukup je, kalau nak balik malaysia parents kena support sendiri, adik lelaki 2 orang tahun nie PMR dan UPSR, and yang bongsu darjah 4.

zaman sekarang nie sekolah asyik minta duit je, masa syushu cuti midsem haritu pun sekolah still minta duit untuk pelbagai program. kos tanggungan ayah semakin meningkat dizaman siber nie, belanja makin mahal.. tanggungan yang semakin membesar asyik nak duit... < termasuklah syushu.

isi rumah yang ayah kena tanggung kje total 10 orang, syushu 6 beradik, ibu, ayah, nenek belah ibu yang terlantar juga + atok belah ayah yang terlantar juga

nak taw apa punca ayah kena berhenti. nak tak nak kena berhenti jugak. ayah kena pindah ke cawangan di pahang. gara gara pejabat risda kena rompak bulan 3 tempoh hari. masa dapat taw ayah kena rompak, hati dah tak keruan sebab takut ayah ada cedera tak. memang dah sikap ayah. kalau telefon pun tak pernah nak cakap pe yang berlaku kat diri dia. memang pelik haritu masa telefon ayah, ayah cakap die ade kat kampung. dapat taw pun dari ibu bila telefon pada hari yang sama.

ayah cakap perompak tu ada 3 orang > berpandukan dari suara yang ayah dengar and ayah berada disofa ketika itu nampak ada seorang perompak sedang memerhatikan ayah. ayah bertindak mendiamkan diri seolah olah sedang tidur. sebab insiden rompakan tu ayah kena pindah. pahang tu jauh... JENAYAH MEMBAWA PADAH - padah/ ujian kepada kami sekeluarga

memang da sikap ibu dan ayah, kalau salah sorang kena pindah dorang akan tolak tawaran tu walaupun terpaksa berhenti kerja. mungkin salah satu faktornya tidak mahu brpisah antara satu sama lain mahupun tanggungjawab yang mereka ada. ibu sanggup tolak tawaran naik pangkat kerana fikirkan tanggungjawab pada anak anak, suami dan kepada ibunya sendiri yang selalunya akan tinggal bersama kami.

kalau kehidupan rasa ok je, bila difikirkan ayah berhenti kerja dan pendapatan isi rumah dah berkurang sebanyak RM1500 syushu jadi takut. syushu dah kena fikir bila belanja. syushu kena jimat dalam semua hal. and yang penting.. syushu kena cari part time bila cuti nanti... tapi. kuala kubu tu kecil. nak cari kerja memang susah.. kena bersaing denga budak yang tak belajar, budak degree yang cuti sekali and orang asli. gaji kat sana memang paling mahal pun rm550, tu pun kerja 12 jam sehari. tapi ayah, adah janji adah akan jimat selagi yang mampu ayah......

ayah... adah taw ayah sedang simpan duit untuk operation buah pinggang ayah kan? batu karang tu anytime boleh sebesar bola tenis and ketika tu ayah kena operation jugak. tapi adah tak taw berapa kos rawatannya..... adah tak taw berapa kos akan terlibat dalam tempoh penyembuhan ayah sebab mesti ayah akan cuti tanpa gaji selama sebulan.... ayah....

ayah.... tak sangka kan.... gambar ayah beruniform guard yang adah letak dalam hanphone tu akan menjadi kenangan..... SABARLAH WAHAI AYAH

ada hikmah disebalik yang berlaku.....


 TERIMA KASIH AYAH KERANA BERI KEHIDUPAN AYAH KEPADA KAMI.....

SAYANG AYAH

notakakicinta : hopely kawan kawan akan paham ungkapan TIDAK apabila mengajak saya keluar.

No comments: