Monday 30 April 2012

WORDLESS WEDNESDAY #1


Sunday 29 April 2012

Keselamatan terancam....

Assalamualaikummm...

keselamatan terancam.. agak agak ape yang Syushu nak citer ek?

disaat jari jemari menaip post nie hati tak tenang... kenape ye?

sebab terasa keselamatan terancam....

benda nie tak lain tak bukan mesti berkaitan dengan maruah seorang wanita itu...

hu3... oklah.. straight to the point.

apa yang buat Syushu sangat berasa terancam? takut walaupun berada di negara sendiri..

ok mehla kita story mory sikit...

2 days ago, Romate Syushu dapat call dari wakil pelajar suruh pesan kat semua ketua aras yang inform anak buah supaya jangan keluar malam and jangan lupa kunci pintu. WONDER apa yang berlaku. dup dab dup dab masa taw menda tu and berderau darah.



lepas taw je nk keluar g tandas pun rasa takut yang teramat + nak g setiap bilik yang kena WARNING beware dgn keadaan sekililing. adoooiii.. lagi2 Syushu nie dok aras 1.

bukan pe, dulu penah ada kes orang minyak rogol student., foreign masuk bilik rogol dsbgainya jenayah terhadap wanita nie. takutla kan.. maruah sekali tercalar selamanya akan malu.

then last day Syushu tanya kawan salah seorang wakil pelajar, what exactly happen and buat kitaorg risau gila. then dia pun cakap la... 3, 4 hari nie ada student nampak budak laki mengintai kat tingkap bilik sapa ntah masa nak gi tandas and berlari ke blok Syushu masa perasan student tu nampak dia. then ade pulak nampak budak laki jalan jalan or berlegar legar kat blok yang sama (sebelah blok Syushu)



huhu..... takut takut.... dahla 2-3 hari sebelum kejadian tu Syushu tidur kunci kat luar + tak tutup pintu sebab romate kata dia nak balik. tak tutup pintu sebab takut hantu. Alhamdulillah tak jadi papa... memang kitaorag berdua careless sangat bab penjagaan bilik nie, selamba tak kunci bila keluar = reason sebab kunci susah nak tanggal and dh buat aduan pun suruh sembur minyak.

bila jadi camtu berusaha jugak tanggal kunci yang kat pintu sebab takut and terasa macam ada stalker kat luar pintu...

UPDATED : ada rakan kata pelakunya kulit gelap... hu3...

bak kata cik romate... klu betul ada menda x senunuh berlaku mmg kali nie kitaorg akan sebarkan. sebulan sekali kat sini da kabar angin yg ada budak kena rogol oleh awang itam...

Ya Allah... lindungilah maruahku sebagaimana aku menjaganya dari pandangan ajnabi... amin...


2nd..... soal keselamatan student, Syushu pernah nak kena langgar dengan foreign yang bawak kereta lagu nak gila and memang kalu Syushu menapak setapak lagi memang dah arwah terpelanting ntah kemana.  kalau time tu Allah tak lindung memang jadi muka depan akhbar metro la sebab kitaorang time tu 1 group around 6 orang and elok je lalu kat tepi jalan tu jalan berdua2. masa tu kat pusat sukan




UUM nie macam senang je bagi stiker and lesen kat foreign ye? kalau tengah tunggu bus pon boleh nampak mereka bawak kereta laju gila even da ade bamper kat situ dorang terjah jugak bumper tu. dan dalam masa 2 bulan ada exident kecil kat tempat yg Sama... > kat bustop asrama Syushu

pleaselah.. kalau nak bawak kereta pun hati2 la kawasan pejalan kaki tu semua... dulu senior penah citer tempat yang sama ada chinise student mati sebab kena langgar. tak pasal pasal mati katak dalam universiti sendiri. negara sendiri. nauzubillah min zaliq


3rd story.... keselamatan terancam dengan cerita hantu... hihi.. penakut punya budaks... 2 minggu kebelakangan nie memang ramai yang buat kem seperti ko-k kembara, kelana siswa dan sebagainya... dorang nie kalau pergi kem kat gunung jeraila, kat tapak perkhemahanlah and of course ada yang terbawa balik hantu sama. hu3....

keselamatan terancam dengan hantu.. nauzubillah.... kalau boleh Allah lindungilah mataku dari terlihat or melihat benda benda halus nie.... > tak pernah meminta untuk melihat mereka.

Ya Allah... lindungilah mataku dari melihat perkara lagha dan menakutkan dan gangguan dari Jin... amin....




notakakicinta : gagah lagi kalau lihat cita hantu. but in real life i dont want to see it!


Saturday 28 April 2012

ALASAN : dimanakah tempatnya

Assalamualaikum....

selamat datang kepada semua pembaca.... jgn stress menjengah kat sini taw.. hu3... ;p

ok, topik kita hari nie adalah.... ALASAN.....

mesti ramai diantara kita yang tak suka alasan kan? tapi benda tu juga yang kita suka buat...

siyes... cuba nilai diri kita balik, berapa peratus alasankah yang kita buat seharian?




ALASAN nie pun boleh dikategori juga kan?

Alasan BAIK = alasan yang dibuat untuk kebaikan seseorang individu itu. misalannya.. si A nak pi dating dengan pakwanya... and dia suruh si B merangkap kawannya tolong teman a.k.a backup. and.. disebabkan DATING itu adalah sesuatu yang menjana penzinaan maka si B pun buat alasan 'aku buzy tak ada masa nak teman ko, sory fren...'

Alasan TAK BAIK = alasan nie pulak.. alasan yang bila dah diberikan sesuatu tanggungjawab tapi gagal untuk memenuhinya . alasan ketegori tak baik nie ade lagi banyak kategorinya...

1. ALASAN TAK SIAP KERJA

 haaa... alasan nie ramai yang budak sekolah dan student universiti suka buat

A = cikgu saya lupa nak bawa buku -sebenarnya tak siap kerja
B = puan, maaf... saya dah buat asiggment tu tapi mungkin salah save.. semua hilang. or.. saya lupa nak save and terdelete..jadi saya tak dapat nak hantar assigment ikut dateline, sebenarnya tak siapa lagi pun asigment tu...

ha... alasan nie memang adalah tak baik sebab menipu itu bukan amalan mulia, tapi as long as dia tak melibatkan orang lain or beri effect pada orang lain ia OK. alasan diatas nie just beri kesan pada anda saorang ja ya.

2. ALASAN ORANG 'TERPENTING' a.k.a SEORANG YB

 alasan NI yang nak buat and rasa nak penampar je pemberi alasan tu.



A = maafla saya tak dapat siapkan bahagian saya, terlalu busy....

sepatutnya khabaq mai awal2 yang anda tak dapat buat bahagian anda jika adakekangan.. nie bila dah berada dihujung tanduk baru nak cakap noh



notakakicinta : tak penah rasa nak pelempang orang

Thursday 26 April 2012

ku kan menanti

Assalamualaikum...

besawang sawang sudah blog nie ye... + lagu jiwang tuh.

sapa suka lagu nie angkat idung... hehehe... > yg nie jgn buat sebab t muka cam ehem ehemlah

lagu kesukaan masing2 mesti lain kan... those yg x suka tu jgn macam macam ya. AMARAN!! hahaha. gurau je...

tajuk lagu bukan main.... refresh balik kat mana 1st dengar lagu nie.... mestilah dari cik romate... jatuh cinta sama ini lagu kenapa? semuanya mesti bersangkut paut dengan hati dan perasaan kan? hihi...

lagu nie ditujukan buat si dia yang pernah bertahta dihati. kepada dia yg membuatkan diri ini tertonggeng tonggeng, tersebut2 dsebagainya....

ade kengkawan yang nak taw ape penghujung cerita ini?
ku kan menanti meski penantian yang panjang
actually hanya Allah je yang tahu penghujungnya. adakah dia jodoh? masih menjadi tanda tanya. sebab JODOH ITU RAHSIA


buat si dia, saya masih menanti tapi penantian ini bukan dengan 1001 pengharapan ia akan mendapat balasan. penantian ini membuatkan saya menahan diri dari sebarang perasaan halus yang boleh mengusir awak dari tempat awak di hati saya.chewaaah. geli mak dengar. ..ok serius sekarang,

kesimpulannya.... saya akan menanti dan menperbaiki diri saya dengan lebih baik.....

adakah JARAK itu akan memisahkan kita selamanya? wa'allahualam....

notakakicinta : kalau umur 25 tahun takde sape berjaye curi hati nie or x jumpa jodoh sendiri, ingat nak suruh ibu n ayah carikan jodoh... hi3....

Wednesday 11 April 2012

Back to home

asSalamualaikum guys...

harinie 11 april 2012... astagfirullah... x pasan da hampir seminggu dok kat umah...

masa berlalu tanpa disedari sbb kusyuk sgt ambil alih tugas ibu mengurus rumah tangga...



penat wo kemas dr hujung rumah ke hujung dapur + uruskan nenek da atok... >mostly nenekla tmasuk memandikan dan menyuapkan makan...

baru Syushu rasa betapa penatnya kemas umah n uruskan atok ngan nenek sorang2...

besenye klu syushu balik cuti mesti ada adik or kakak skali kat umah.. kali nie syushu sorang je kat umah,... adik2 sekolah... kesian jugak kat ibu ngan ayah ye...  walaupun penat keja kena pulak uruskan rumah n orang tua mereka yang dah tak berdaya tu klu kami yang study kat u nie x balik.....

bila dok kira hari nk balik bila.. alamak, lusa or tulat da kena balik. keja u n asigment lansung x dpat sentuh..

tapi apa pun balik nie seronok sebab dapat lepaskan rindu kat adik2 n rasa sendiri cane ibu n ayah uruskan rumah tangga...

target kali nie pun tercapai bilaibu dah masak nasi ayam,laksa n kek lapis kegemaran? mengidam sangat sebab kat u x dpt mkn laksa yg dimasukkan belacan. kuih muih pulak macam nak taknak je rasanya n nasi ayam ibu mmg the best!.

sempat lagi ngadu kat ibu cafe dpp (tettt..) sngat pengotor. so ibu da janji nk bekalkan something balik t.... (^__^) suka2......

that all for today... sementara kat umah nie kita ENJOY!!!!

p/s: target seterusnya nk bawak adik2 jejalan ari sabtu karang.... sian dorang ibu n ayah x bawak jalan2 sebab ada kekangan masa n orang tua dirumah....

Sabtu baru balik? HABIS KO-K????