Thursday 29 March 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai

Assalamualaikum semua.. ape kata harinie kita tambah sikit ilmu yang didada tu.

sebagai orang islam kita kenala tahu serba sedikit tentang kaabah yang merupakan kiblat kita nie kan.. (^__^)



Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.



5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.



10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.



12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


p/s : ramai sekarang nie berpeluang ke Makkah di usia muda..

Tuesday 27 March 2012

CINTA BELUM TENTU MILIK KITA

Setiap apa yang kita rancang
Setiap apa yang kita inginkan
Setiap apa yang kita mahukan
Belum tentu menjadi milik kita

Setiap apa yang kita janjikan
Setiap apa yang kita impikan
Setiap apa yang kita sayang
Setiap apa yang kita kasih
Belum tentu menjadi milik kita

Setiap apa yang kita angankan
Setiap apa yang kita rasakan
Setiap apa yang kita pegang
Setiap apa yang kita kecapi
Belum tentu menjadi milik kita

Setiap apa yang kita lakukan
Belum tentu menjadi milik kita
Kita hanya mampu merancang
Namun Tuhan menentukan
Walaupun hari ini kita berjanji
Sehidup semati
Dan esok belum tentu akan terlaksana
Walau kita berpegang pada paksi yang satu
Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya
Buktinya dirimu telah meninggalkan aku
Untuk selamanya……

Walau menangis sekalipun
Kau tetap tidak akan kembali lagi
Kenanganmu tetap terpahat diingatan
Kasih dan sayangmu tetap berada di hatiku
Walau aku tinggalkan kenangan lalu
Dan menuju ke destinasi baru
Memori indah bersamamu
Tetap ku simpan selamanya
Walau cinta bukan milik kita lagi…………



Monday 19 March 2012

Untukkmu solehah

Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..



Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.



Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.



Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi

Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah sayangku solehah.

 salin tampal dari : iluvislam.com

Saturday 17 March 2012

Sebab utama perlu berhenti minum air gas

Assalamualaikum...

harinie Syushu nak share kenapa kita kena stop minum air gas sekarang. nie pun untuk Syushu jugak sebab Syushu suka minum air gas bila lapar air gas..  Bila ada ais batu, sedapnye air gas tu.. Syushu suka sangat minum rootbeer ngan kingjappo(limau bali)

Mengikut 1 fakta yang Syushu  dapat dari 1 website, di Amerika, purata air soda yang diminum oleh warga Amerika adalah 44.7 gelen setiap tahun. Nak tau banyak mana 44.7 gelen tu? Banyak 1 swimming pool tau..hmmm bayang kan je la..banyak tu yg diorang isi kat badan dan salur darah korang hari-hari..ok sekarang Syushu nak jelaskan 2 sebab kenapa kita perlu berhenti minum air soda..zassssss…………..

1. SODA MENGGEMUKKAN ORGAN DALAMAN KITA

huamn organ 2 Sebab Utama Untuk Berhenti Minum Air Soda.!


Satu kajian yang dilakukan telah membongkar rahsia bahawa tabiat meminum air soda telah membawa kepada pertumbuhan lemak-lemak yang sukar ditemui dalam organ kita. Lemak berbahaya yang sukar dikenal pasti itu tersembunyi di  sebalik lemak hati dan lemak tulang-temulang kita. Pemanis dan pewarna makanan yang terdapat dalam soda boleh membawa kepada kerosakan sel otak sehingga menyebabkan hyperactivity dan kajian yang dilakukan juga menunjukkan bahawa seseorang yang banyak meminum soda juga berpotensi besar mendapat penyakit diabetes.

2. SODA MENGANDUNGI ANTI BAHAN API (FLAME RETARDANTS)

flame 2 Sebab Utama Untuk Berhenti Minum Air Soda.!


Anti bahan api atau flame retardants merupakan bahan kimia yang menolak kehadiran api atau bahan kalis api. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa bahan ini banyak terdapat dalam air soda. Ia digunakan di dalam air soda untuk  mengelakkan pewarna artifisial yang terdapat di dalam soda terpisah daripada air soda menyebabkan rasa soda tidak bergas. Hmm..pengambilan yang banyak akan menyebabkan kehilangan memori, kerosakan kulit dan juga kerosakan sistem saraf di dalam tubuh badan kita.

hhmm... korang pasan tak kalu minum air gas je mesti rasa lain macm kat organ dalaman ka?? Syushu rasa cam ada yang terbakar kat dalam badan, macam rasa minyak gas pon ada.tu mungkin sebab dengan adanya bahan api dalam kandungan air gas tu.

so kesimpulannya, tryla kurangkan meminum air gas then stop terus dari minum air gas ok.


Wednesday 14 March 2012

HAPPY BIRTHDAY GURLZ


Assalamualaikum,..

Hapy besday gurlz...
Tapi....... sape besday gurlz tu ek?

Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ø  ME LAH!!
  
Teng........

Detik nie Syushu dah berumur 21 tahun lah.,... tak caya pun ada kan?  Macam dah tua ja.

My mom melahirkan Syushu pada 14 mac 1991, TERIMA KASIH IBU DAN AYAH kerana membawa Syushu ke dunia didalam keluarga yang bahagia.

Walaupun kita bukan orang kaya tapi yang penting adalah kasih sayang yang ibu dan ayah berikan. Tak terkata diri ini mahu mengungkap betapa cintanya anakmu ini kepada ayah dan ibu.

Huhu.... last kali terakhir sambut besday bsama ibu dan ayah adalah ketika ulang tahun yang ke-18.

Ok.....

MY FIRST PRESENT diberikan oleh Nor Hapisah Bt Abd Aziz. Hopely we will be best friend forever and ever Pis. Amin.,..Ain (nama sebenar) sayang Pis

 

Hadiah nie diberikan oleh Pis melalui perantara ayah hari terakhir Ain ada dirumah, Hari Jumaat 17 Februari 2012. Maaf Pis sebab bukan Ain sendiri yang pergi jumpa Pis ambil hadiah nie..

Sesuatu yang tak pernah Ain sangka akan pis berikan pada Ain. How u know i very like it.

Teng....

CANTIK KAN?

Bukak je hadiah Ain ingatkan Pis akan bagi eyeshadow, tapi.... this cute thing u give me. And i know how much u love me.

Then.... ur card are touching me friend.  Hadiah tu amat tinggi nilainya Pis. Bukan wang ringgit yang dapat menilai betapa ikhlasnya Hadiah tu Pis.

And Pis nak taw tak.. baru beberapa jam sebelum tu Ain terniat  nak beli keychain sebab nak letak pendrive kat situ. And you know something. This pendrive also have our picture with it and  Im tight it with pendrive u give to me.
 


Pis.... thanks a lot, Ain memang bukan kawan yang baik, Yes im admit it. Ain selalu abaikan Pis since we are study far a way.. But i want u to know... I am always love u, i am always be beside u wherever u are, and i am always want to be beside u. And i will let u to know, i always want to take care of u when u sick. I am always want to wipe away ur tangisan. i always want to hug you when u'r miss ur father and i am always want to give u courage when u down..

notakakicinta : kita layan picture khas buat pembaca khususnya pemberi hadiah ini, I LOVE PIS









SYUHADAH SAYANG PIS  ( S LOVE P )

no makeup allowed.. Real me

........and last keychain tu letak kt handphone.......
 

Tuesday 13 March 2012

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Allah Maha Besar

✿Doa Iftitah✿
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

✿Al-Fatihah✿
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

✿Bacaan ketika rukuk✿
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

✿Bacaan ketika bangun dari rukuk✿
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

✿Bacaan ketika iktidal✿
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

✿Bacaan ketika sujud✿
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

✿Bacaan ketika duduk di antara dua sujud✿
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

✿Bacaan ketika Tahiyat Awal✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

✿Bacaan ketika Tahiyat Akhir✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

✿Doa Qunut✿
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.


notakakicinta : ILMU ITU UNTUK DIKONGSI
wah... lamenye tak update blog. lama ka? hahaha....

bulan 3 dan bulan 4 nie macam buzy skit je.. ha3.. so kawan2.. maafla xde citer menarik dalam blog nie..

tak de topic nak dketengahkan dan cerpen tu tertangguh sebentar sebab takde masa nak menaip. ok bye.. ade meeting pulak nie...



p/s: mari kita mengaktifkan diri kita... KIYAAAAAA

Saturday 10 March 2012

Jom pakai tudung

Assalamualaikum...





kita semua memang dah pakai tudung, tapi apa kata kita lengkapkan tudung yang kita dah pakai nie dengan tudung - tudung yang lain...


jom kita lihat apa tudung tu.. (^___^)









Tudung 1 : tudung pada diri - jangan sampai apa yg kita pakai menjadi fitnah kepada diri kita sendiri. tutuplah aurat..~

Tudung 2 : tudung pada mata - jangan memandang lelaki yg bukan mahramnya.

Tudung 3 : jangan dilunakkan suara dengan tujuan memikat atau mengoda kepada bukan mahram.

Tudung 4 : pada hati.. mengingati ALLAH dengan bertasbih mengikut tasbih Siti Fatimah r.ha iaitu "Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakhbar" ;)

#dari Majalah Solusi Isu 41 . Ingatan buat diri sendiri dan kamu ♥ :) Wanita2 muslimah seluruh dunia.. ALLAH sayang padamu ^^


Thursday 8 March 2012

Hari Indah

Assalamualaikum....

orang dulu dulu kata, penghidupan kita tidak selalunya indah.. ada pasang surut nya juga,..

hari ini mungkin keciwa, sedih, marah or pelbagai lagi perasaan yang negatif.. tetapi... setiap awan mendung , hujan or ujian yang ALLAH beri kepada kita pasti ada matahari yang akan mencerahi. pasti akan datang angin kuat yang akan menjauhkan awan mendung dari kita.

berdoalah kepada ALLAH agar hari ini lebih baik dari semalam, agar ibadah kita lebih baik dari hari sebelumnya. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH

Apa yang membuatkan hati Syushu sedih? pastinya ketidakdapatan hakikat kejadian yang terjadi selasa lalu. dan semestinya Semuanya berkenaan cinta hati Syushu.. sebab apa lagi perempuan nie kalau rasa down kan? huhu..

Syushu da tekad, lepas nampak gambar tu je nak lupakan dia. (entry lepas) forever tanpa tinggalkan sedikit ruang untuk dia. tapi ALLAH pertemukan kami disaat hati Syushu mahu melupakan dia. Rasa tiada hati dijasad Syushu.. ketika saat itu, kami dipertemukan kembali. adakah itu satu petanda bahawa jodoh Syushu dengan dia kuat? Adakah 'JARAK' yang dicipta kami ini hanya sementara? Adakah dia memang pemilik tulang rusuk yang Syushu pinjam selama ini? Adakah dia yang mampu membuatkan Syushu u-turn 90% dalam kehidupan Syushu. Adakah dia yang dapat mengubah penghidupan Syushu menjadi lebih baik, bertaqwa dan beristiqamah? Hanya ALLLAH yang tahu... JODOH ITU SANGAT MISTERI

Jika 2 hari lepas Syushu rasa down sangat, tapi Alhamdulillah... hari ini ALLAH hadiahkan Syushu angin kuat yang dapat menghalau awan mendung dari bertapak dalam diri Syushu...

Segalanya merupakan aturan ALLAH, jodoh pertemuan, sakit susah.. ia tanda ALLAH sayang kan kita. jika dahulunya Syusyu harap sangat dapat jumpa si dia. berusaha supaya dapat jumpa/ terserempak si dia dimana mana.... tapi hari ini ALLAH beri Syushu peluang untuk bertentang mata dengannya walaupun sebentar. tidak diduga... niat untuk menolong kawan tanpa sebarang ganjaran... ALLAH berikan ganjaran dalam bentuk lain. rezeki dari ALLAH itu maha luas.

mengikut petanda yang Syushu lihat. dia hormati Syushu. masih mengenali Syushu. tapi Syushu masih berteka teki siapa yang ada didalam hatinya. Adakah Syushu ataupun orang lain?

Orang kata, lelaki kalau tak dapat akan berusaha bersungguh sungguh. adakah dia dalam kalangan golongan itu? Waallahualam...

apa yang mampu Syushu lakukan adalah berdoa kepada ALLAH agar jodoh kami diperkuatkan.

" Ya Rabb,..jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku, blh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu..Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dalam pernikahan tapi jika dia bukan untukku,Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati..Maka kutitipkan rasa ini,kuserahkan semuanya pada-Mu..karna semua ini adalah milik-Mu...Aamiin ya Rabbal’ alamiin "

awak.....
awak orang pertama yang benar benar mencuri hati saya
awak orang pertama yang saya lihat tersenyum bersama matanya
awak orang pertama yang saya terguling guling sebab angau
awak orang pertama yang mengebaskan muka saya
awak orang pertama yang merenung ke arah saya....

jika ada sawah dan bendang,
boleh kita menuai padi,
jika ada jodooh yang panjang,
boleh kita ketemu lagi?

notakakicinta : terima kasih kerana masih menghormati saya, terimakasih kerana masih memberikan renungan serta senyuman itu untuk saya. saya malu dan bukan tidak sukakan awak. so, jika saya alihkan pandangan saya, awak jangan kecewa ya?





Tuesday 6 March 2012

Today isn't love story

Assalamualaikum semua...

aduhai... syushu rasa down sangat harinie...
napa ntah?

sekarang nie baru dapat bernafas sikit.. tu pun baju kotor x basuh agi...

pagi2 buta pukul 6.30 pagi da bangun, < tidur pukul 2pagi. bangun awal sebab nak gi UNIMAP ada taklimat khas program keusahawanan & Pembiayaan perniagaan. BEST (^__^)  kalau ikutkan sepatutnya tak payah pergi, tapi gatai nak pergi sebab ingat selasa ok kot, hari cuti... lagipun program tu 8.30 pagi-2 petang. separuh hari ja....

UNIMAP souvineour. ARIGATO !

last2 btolak dari UUM pkul 9 pagi, memang ponat den tunggu. sampai di unimap kira kira jam 9.45pagi. Program habis pukul12 tgahari.... memang minah buzy pulak tetibe hari selasa nie... ketua blok (KB) call cakap ada meeting dengan HEP pukul2.30.  budak budak lain yang p UNIMAP ni juga sebuk nak shooping kat The Stor. suka bebenor dorang nie.... The Stor banyak barang mahal ma... tapi sempat juga Syushu masuk jalan jalan.. ;p

ok, bus datang lewat 15 minit dari sepatutnya pukul 1.30 petang. resah gelisah syushu dibuatnye... sampai UUM je da pukul 2.30 petang. addoooiiii.... pe lagi... bekejar la p pusat konvensyen buat apa yang sepatutnya dan p daftar kat meja pendaftaran around 2.45petang.

time tu ada banner tulis 'Isu-isu semasa keselamatan negara' since tak taw kena g HEP for what.. and Syushu ingat nie mesti ada kena mengena nak meningkatkan pengetahuan para pelajar yang terpilih. (^_^) GOOD EXPECTATION

truthly Syushu berusaha sangat nak p sebab 'abe' ketua blok kat dpp dia. so syushu pu ingat dia pun ada sama la.. dah lama tak tengok dia.. huhu.. sadis.

then, bila masuk je da penuh, kenala pulak dok depan sekali kat meja MC tu ha.... Ketua blok and anak buah die yang lain belum sampai, bila dorang da sampai dorang tak boleh pulak nak masuk sebab dewan dah penuh. dorang segan nak masuk. SO DORANG BALIK CAMTU JA

si dia... xde pun... baru disedari hanya dpp eon dan sime darby je ada selain MPP dan STAFF UUM... betapa sedihnya hatiku, rela tanpa rela...

yang mengakibatkan Syushu sedih sangat rupanya event yang syushu kena attend nie citer pasai politik ma. i sad when politican say bad about other politican without look theirself in mirror. wow. tanpa ada bukti yang kukuh pun masih nak kutuk lagi parti parti pembangkang yang lain. ok. stop kutuk about them and biarla syushu je yang tau ape isi kandungannye. IA TELAH MENGAKIBATKAN SYUSHU NAK UNDI SATU PARTI NI IF BOLEH NGUNDI NANTI

bila bercerita pasai politik pon memangla panjang kan, since syushu duduk depan motivator tu syushu selalu pandang jam sambil ketuk ketuk jam... mwahahahah... jahat kan?

habis event dalam pukul 5.30petang. penat penatla student nie dengar 'ceramah' setitis air pun dorang tak sedekah, apatah lagi makanan. huhu.. balik dalam keadaan hujan lebat.

sebaikla ada pakcik drebar bus yang baik hati berhenti, (sayang pakcik dreber bus tu) lebih tepat sekali berhenti mengejut untuk ambil kitaorang yang berlari lari pergi ke bus stop tu.

sampai ja bilik KB suh buat gotong royong pas syushu mandi dsbgainya... sadis. tapi syushu tak buat pun, syushu kemas bilik je and bilik pantry sikit sikit. then bukak fb. sob sob sob.

TRUTHLY I IS A JEALOUSY PERSON.

ternampak gambar di bawah ini dan suhu cemburu meningkat sampai mengebaskan muka yang dah sedia gebu nie....

yang mana satu dia ek? hehehe. TEKALA

and that girl dok sebelah dia. mana x cemburu Syushu. siap sweet sweet gitu dalam facebook. minah tu jugak kelas yang sama dengan kami sem lepas.. adakah mereka ada apa apa? TIDAKKKKKK!!!!!!!!!

Kalau dorang bediri sama sama pasti secocok, dua dua tinggi lebih kurang... Kalau dengan Syushu... Syushu lebih tinggi dari dia... and semestinya more chubby.

I CANT BELIEVE IT! Dia yang ku sayangi. 1st time Syushu mabuk cintan sampai tertonggeng tonggeng dalam bilik. TIDAKKK!!!!!!

and dia ada link kan lagu RINDU SAMPAI MATI dalam fb dia. untuk siapa lagu tu? HAAAA.... NAK NANGIS!!!!

ok. sampai disini luahan Syushu. Syushu nak layan penat dan sedih pulak. off segala- galanya. BYe friend.

notakakicinta : tahu tak betapa saya rindu kat awak, tahu tak betapa tinggi harapan saya nak jumpa awak. saya dah penat. SEKIAN.


Monday 5 March 2012

Sepucuk surat untuk UKHTI

‘Sepucuk Surat Untuk Ukhti..’


Ukhti…Besarnya tudungmu tidak menjamin sama dengan besarnya semangat jihadmu menuju redha tuhanmu,mungkinkah besarnya tudungmu itu hanya digunakan sebagai fashion atau gaya zaman sekarang, atau mungkin tudung besarmu hanya dijadikan alat perangkap busuk supaya mendapatkan ikhwan yang diidamkan bahkan bisa tudung besarmu hanya akan dijadikan sebagai identitimu saja, supaya bisa mendapat gelaran akhawat dan dikagumi oleh banyak ikhwan.


Ukhti…tertutupnya tubuhmu tidak menjamin bisa menutupi aib saudaramu,keluargamu bahkan diri antunna sendiri, cuba perhatikan sekejap saja, apakah aib saudaramu, teman dekatmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutupi, bukankah kebiasaan buruk seorang perempuan selalu terulang dengan tanpa di sedari melalui ocehan-ocehan kecil sudah membekas semua aib keluargamu, aib sudaramu, bahkan aib teman dekatmu melalui lisan manis mu


Ukhti…lembutnya suaramu mungkin selembut sutera bahkan lebih dari pada itu, tapi akankah kelembutan suara antunna sama dengan lembutnya kasihmu pada saudaramu, pada anak-anak jalanan, pada fakir miskin dan pada semua orang yang menginginkan kelembutan dan kasih sayangmu.



Ukhti…lembutnya parasmu tak menjamin selembut hatimu, akankah hatimu selembut salju yang mudah meleleh dan mudah terketuk ketika melihat segerombolan anak-anak palestina terlihat gigih berjuang dengan berani menaruhkan jiwa dan raga bahkan nyawa sekali pun dengan titis darah terakhir, akankah selembut itu hatimu ataukah sebaliknya hatimu sekeras batu yang ogah dan cuek melihat ketertindasan orang lain.



Ukhti…Rajinnya tilawahmu tak menjamin serajin dengan solat malammu,mungkinkah malam-malammu di lewati dengan rasa rindu menuju tuanmu dengan bangun di tengah malam dan di temani dengan butiran-butiran airmata yang jatuh ke tempat sujud mu serta lantunan tilawah yang tak henti-hentinya berucap membuat setan terbirit-birit lari ketakutan,atau sebaliknya, malammu selalu di selimuti dengan tebalnya selimut setan dan di nina bobokan dengan mimpi-mimpi jorokmu bahkan lupa kapan bangun solat subuh.



Ukhti…Cerdasnya dirimu tak menjamin bisa mencerdaskan sesama saudaramu dan keluargamu, mungkinkah temanmu bisa ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya seperti yang entum dapatkan, ataukah antunna tidak peduli sama sekali akan kecerdasan temanmu, saudaramu bahkan keluargamu,sehingga membiarkannya begitu saja sampai mereka jatuh ke dalam lubang yang snagat mengerikan yaitu maksiat.



Ukhti…cantiknya wajahmu tidak menjamin kecantikan hatimu terhadap saudaramu, temanmu bahkan diri antum sendiri, pernahkah antum menyadari bahwa kecantikan yang antum punya hanya titipan ketika muda, apakah sudah tujuh puluh tahun kedepan antum masih terlihat cantik,jangan-jangan kecantikanmu hanya di jadikan perangkap jahat supaya bisa menaklukan hati ikhwan dengan senyuman-senyuman busukmu.



Ukhti…tundukan pandanganmu yang jatuh ke bumi tidak menjamin sama dengan tundukan semangatmu untuk berani menundukkan musuh-musuhmu,terlalu banyak musuh yang akan antum hadapi mulai dari musuh-musuh islam sampai musuh hawa nafsu pribadimu yang selalu haus dan lapar terhadap perbuatan jahatmu.





Ukhti…tajamnya tatapanmu yang menusuk hati, menggoda jiwa tidak menjamin sama dengan tajamnya kepekaan dirimu terhad apa warga sesamamu yang tertindas di palestina, pernahkah antum menangis ketika mujahid-mujahidah kecil tertembak mati, atau dengan cuak membiarkan begitu saja, pernahkah antum merasakan bagaimana rasanya berjihad yang di lakukan oleh para mujahidah-mujahidah teladan.



Ukhti…lirikan matamu yang menggetarkan jiwa tidak menjamin dapat menggetarkan hati saudaramu yang senang bermaksiat, cuba antunna perhatikan dunia sekelilingmu masih banyak teman,saudara bahkan keluarga antum sendiri belum merasakan manisnya islam dan iman mereka belum merasakan apa yang antum rasakan, bisa jadi salah satu dari keluargamu masih gemar bermaksiat, berpakaian seksi dan berperilaku binatang yang tak karuan, sanggupkah antum menggetarkan hati-hati mereka supaya mereka bisa merasakan sama apa yang kamu rasakan yaitu betapa lazatnya hidup dalam kemuliaan islam.



Ukhti…Putihnya kulitmu tidak menjamin seputih hatimu terhadap saudaramu, temanmu bahkan keluargamu sendiri, masihkah hatimu terpelihara dari berbagai penyakit yang merugikan seperti riya dan sombong, pernahkah antum membanggakan diri ketika kesuksesan dakwah telah di raih dan merasa diri paling wah, merasa diri paling aktif,bahkan merasa diri paling cerdas di tas rata-rasat akhwat yang lain,sesombong itukah hatimu, lalu di manakah beningnya hatimu, dan putihnya cintamu.



Ukhti…rajinnya ngajimu tidak menjamin serajin infakmu ke mesjid atau mushola, sadarkah antum kalo kotak-kotak nongkrong di masjid masihterliat kosong dan menghawatirkan, tidakkah antum memikirkan infaq sedikit saja, bahkan kalaupun infaq, kenapa uang yang paling kecil dan paling lusuh yang antum masukkan, maukah antum di beri rizki sepelit itu.



Ukhti…rutinnya halaqahmu tidak menjamin serutin puasa sunanah senin kamis yang antum laksanakan , kejujuran hati tidak bisa di bohongi,kadang semangat fisik begitu bergelora untuk di laksanakan tapi, semangat ruhani tanpa di sadari turun drastic, puasa yaumul bith pun terlupakan apalagi puasa senin kamis yang di rasakan terlalu sering dalam seminggu, separah itukah hati antum, makanan fisik yang antum pikirkan dan ternyata ruhiyah pun butuh stok makanan, kita tidak pernah memikirkan bagaimana akibatnya kalau ruhiyah kurang gizi



Ukhti…manisnya senyummu tak menjamin semanis rasa kasihmu terhadap sesamamu, kadang sikap ketusmu terlalu banyak mengecewakan orang sepanjang jalan yang antum lewati, sikap ramahmu pada orang antum temui sangat jarang terlihat, bahkan selalu dan selalu terlihat cuex dan menyebalkan, kalau itu kenyataannya bagaimana orang lain akan simpati terhadap komunitas dakwah yang memerlukan banyak kader, ingat!!! Dakwahtidak memerlukan antum tapi… antumlah yang memerlukan dakwah, kitas emua memrlukan dakwah



Ukhti…rajinnya shalat malammu tidak menjamin keistiqomahan seperti rosulullah sebagai panutanmu.
Ukhti…ramahnya sikapmu tidak menjamin seramah sikapmu terhadap sang kholikmu, masihkah antum senang bermanjaan dengan tuhanmu dengan shalat duhamu, shalat malammu?



Ukhti…dirimu bagaikan kuntum bunga yang mulai merekah dan mewangi,akankah nama harummu di sia-siakan begitu saja dan atau sanggupkah antum ketika sang mujahid akan segara menghampirimu.



Ukhti…masih ingatkah antum terhadap pepatah yang masih teringiang sampai saat ini bahwa akhwat yang baik hanya untuk ikhwan yang baik,jadi siap-siaplah sang syuhada akan menjemputmu di pelaminan hijaumu.



Ukhti…Baik buruk parasmu bukanlah satu-satunya jaminan akan sukses masuk dalam surga rabbmu.Maka, tidak usah berbangga diri dengan parasmu yang molek, tapi berbanggalah ketika iman dan taqwamu sudah betul-betul terasa dan terbukti dalam hidup sehari-harimu.



Ukhti…muhasabah yang antum lakukan masihkah terlihat rutin dengan menghitung-hitung kejelekan dan kebusukan kelakuan antum yang dilakukan siang hari, atau bahkan kata muhasabah itu sudah tidak terlintas lagi dalam hatimu, sungguh lupa dan sirna tidak ingat sedikitpun apa yang harus di lakukan sebelum tidur, antum tidur mendengkur begitu saja dan tidak pernah kenal apa itu muhasabah sampai kapan akhlak busuk mu di lupakan, kenapa muhasabah tidak di jadikan sebagai moment untuk perbaikan diri bukankah akhwat yang hanya akan mendapatkan ikhwah yang baik.


Ukhti…pernahkah antum bercita-cita ingin mendapatkan suami ikhwan yang ideal, wajah yang manis, badan yang kekar, dengan langkah tegap dan pasti, bukankah apa yang antum pikirkan sama dengan yang ikhwan pikirkan yaitu ingin mencari istri yang solehah dan seorang mujahidah, kenapa tidak dari sekarang antum mempersiapkan diri menjadiseorangan mujahidah yang solehah


Ukhti…apakah kebiasaan buruk wanita lain masih ada dan hinggap dalam diri antum,seperti bersikap pemalas dan tak punya tujuan atau lama-lama nonton tv yang tidak karuan dan hanya kan mengeraskan hati sampai lupa waktu, lupa bantu 0rang tua, kapan akan menjadi anak yang biru walidain, kalau memang itu terjadi jadi sampai kapan, mulai kapan antum akan mendapat gelar mujahidah atau akhwat solehah.


Ukhti…apakah pandanganmu sudah terpelihara, atau pura-pura nunduk ketika melihat seorang ikhwan dan terlepas dari itu matamu kembali jelalatan layaknya mata harimau mencari mangsa, atau tundukan pandangannmu hanya menjadi alasan belaka karena merasa berkerudung besar.


Ukhti… hatimu di jendela dunia, dirimu menjadi pusat perhatian semua orang, sanggupkah antum menjaga izzah yang antum punya, atau sebaliknya antum bersikap acuh tak acuh terhadap penilaian orang lain dan hal itu akan merusak citra akhwat yang lain, kadang orang lain akan mempunyai persepsi di sama ratakan antara akhwat yang satu dengan akhwat yang lain, jadi kalo antum sendiri membuat kebobrokan akhlak maka akan merusak citra akhwat yang lain.


Ukhti…dirimu menjadi dambaan semua orang, karena yakinlah preman sekalipun, bahkan brandal sekalipun tidak menginginkan istri yang akhlaknya buruk tapi semua orang menginginkan istri yang solehah,siapkah antum sekarang menjadi istri solehah yang selalu didamba-dambakan oleh semua orang?


Sumber : Bunga kasih bertangkai duri
http://muharikah.com/archives/2415/

p/S : peringantan buat diri ini dan ukhti sekalian....

Sunday 4 March 2012

Ku Lihat Kamu adalah Satu Kebahagiaan

Assalamualaikum...

malam tadi entah mengapa syushu tersenyum disaat nak tidur.

sampaikan roomate syushu nak lempang sebab terseyum senyum bila nak tidur...

rasanya sebab apa ya? nak dikatakan ada something special berlaku takdela pulak...

hu3... roomate syushu pi pulak cakap, 'dia' tengah rindu syushu...

apelagi.. perasaan terlebih la pulak...

then bila bangun pagi rasa lain je...

dalam hati terdetik, harinie mesti aku akan nampak dia..

and guest what. memang betul pon nampak dia, dia tengah bawak moto. tepat jam 2 petang dia lalu depan syushu.....tapi tak pulak syushu perasan yang mata dia nampak syushu tak... hehehe...




 kenapa hati saya sayang awak ye MR. Z?

Saturday 3 March 2012

CINTA ANTARA KITA - part 1

assalamualaikum....

terpulanglah pembaca mahu menilai cerita ini dari sudut apa... hopely u guys dapat hayati kisah cinta ini....

CINTA ANTARA KITA

BAB 1

"assalamualaikum, anwar hari tu ko cakap nak join explorace anjuran kelab keusahawanan korporat kan? aku pun nak join tapi tak cukup member la, baru ade sorang... ko carila lagi sorang. kita buat group." ujar ain tidak keruan.

"ok lah, aku nak ajak widad dan hafiz. nanti pape hal aku contact ko" balas khairul anwar tanpa bantahan

fuhhh... lega.. sebaik khairul anwar nak join jugak. kalau tak memandangkan kawan punya projek memang taknak join la aku. huhu.. join pun sebab nak tolong kawan. Harinie Selasa, Jumaat explorace sabar pun ada sebab first time pula la member group ada lelaki.

              *****************************************

Kusyuk ain mendengar cerita Ustaz Haji Abdullah tanpa disedari ada mata yang merenung dari tepi. Ditambah pula bunyi tikus yang dibuat oleh pelajar lelaki yang tidak dapat dikesan siapakah perilakunya. Kelas terakhir pada hari khamis berakhir pada jam 3.40 petang agak lambat dari waktu sepatutnya kerana ustaz Abdullah tidak menyedari waktu telah melebihi jam 3.30petang. Ain yang sibuk mengemas barang ditinggalkan rakan sekelasnya Tasha dan Fizah dan mereka menunggu di luar kelas. Ain yang risau ditinggalkan cepat cepat bangun dan hampir melanggar seorang budak lelaki rakan sekelasnya, mahu menutup malu diatas kekocohan tadi, dia memberi laluan kepada budak lelaki itu.

" apesal korang tinggalkan aku, tak baik taw.. sebaik aku tak hilang " ujar ain yang masih malu atas kejadian yang hampir melanggar budak lelaki yang tidak diketahui nama itu.

" dah ko lambat sangat, kite orang tunggu la kat luar. " ujar Fizah yang sentiasa mahu cepat.

" Yela, lain kali janganla tinggalkan aku camtu, tak pasal pasal kang aku tercium orang. Naya naya.... aku nak bagi 1st kiss aku kat suami aku taw " balas ain mahu menang.

" Yela yela, lain kali kite orang tunggu. tapi ko tu cepat la sikit nak kemas barang pun.." balas Tasha yang sedari tadi hanya memerhatikan pertelingkahan antara ain dan Fizah.

telefon ain berbunyi menandakan isyarat mesej

Salam ain, esok jadi kan? Ina dah dapat sorang. kira ahli kumpulan kita cukup lima orang la kan?

Wasalam. Ain dapat cari sorang je, yang lain semua nak rehat hari Jumaat. So ahli group kita 4 orang je, ok kot. 

Tak pe la kalau ada 4 orang je, janji kita pergi explorace tu esok. pukul 8 pagi tunggu kat bustop Petronas ye.

Ok, kita jumpa esok.

             *********************************************

" Ya Allah, dah pukul 7.30pagi " tersentak Ain yang baru tersedar dari tidur. Terkocoh kocoh Ain mengambil baldi dan menuju ke bilik air. Almaklumlah bila dapat cuti sebulan sekali memangla sekali sekala nak bangun lambat kan.

Sejurus selepas mandi Ain pun menghantar mesej kepada Ina yang mereka akan keluar lewat 15 minit, ini bermakna mereka hanya akan berjumpa di bustop Petronas pada jam 8.15 pagi dan sampai di PKP pada jam 8.30 pagi. Sempat lagi Ain mencapai baju barunya yang berwarna oren tu.

Setelah bersiap Ain cepat cept memakai kasut dan memulakan perjalanan menuju ke destinasinya pada hari ini. Dalam perjalanan menuju ke bustop Petronas bertemu dengan Ina disana Ain sempat menghantar pesanan ringkas kepada Khairul Anwar supaya menunggu di PKP.

" ok, Anwar akan tunggu disana. tapi, mana Ina nie, cakap pukul 8.15pagi nak jumpa. Ha... sampai pun..."

Ain menegur Ina yang kelihatan jalan bersendirian. " Mana kawan Ina lagi sorang tu?"

" Dia tak jadi nak join, tadi Ina ketuk bilik dia pun tak de. dia dah join program lain." balas Ina.

" Tak pe lah macam tu, 3 orang je cukup je kot." ujar Ain.

Ina dan Ain bersembang sewaktu dalam perjalanan ke PKP. Almaklumlah lama juga tidak berjumpa.

telefon Ain berdering menandakn ada panggilan masuk.

" Assalamualaikum, wei. Ko kat mana nie? da sampai belum? Aku dah kat PKP nie" kecoh Khairul Anwar kerana sememangnye dia seorang yang banyak cakap.

" Waalaikumsalam, aku kat PKP la nie, ko kat mane?" balas Ain

" Tak pe tak pe, aku dah nampak ko"..... tuttt... Khairul Anwar mematikan talian

" Betuah punye budak, ade ke patut dia matikan macam tu je " ujar Ain bercakap sendirian dan Ina hanya mendengar dari tadi.

" Mana kawan Ain tu? dia kat mana?" soal Ina

" Ntah, dia cakap dah ada kat PKP and nampak kita. mana ntah dia" balas Ain

" ooiii.. TUNGGU!!" laung Khairul Anwar

serentak itu Ain dan Ina berpaling ke arah suara yang didengari mereka dan berhenti dari melangkah

" Yang korang jalan laju laju nie kenapa? penat aku nak kejar taw. " soal khairul Anwar kepenatan.

" la... kita kan da lambat. mana taknya jalan laju laju. bukan cam ko ade moto. hahaha " balas Ain

" Banyakla ko punya moto. aku jalan kesini jalan jugak " marah Khairul Anwar.

" serius? mana moto ko? rosak ke? " soal Ain

" Tak lah, aku parking kat sana tu ha " serentak itu Ain memandang kearah yang ditunjukkan oleh Khairul Anwar.

" Apela... naik moto jugak. mana jauh pun ko jalan. Nak kecoh pulak. " marah Ain

" Hehehehe.... jomlah kita pergi. " ajak Khairul Anwar

" Jomla.. ko yang dari tadi banyak cakap " marah Ain

" Jom jom.. " riang Khairul Anwar tiba tiba

Mereka bertiga menuju ke destinasi. Masih ramai juga yang belum hadir rupanya. Mereka bertiga mendaftar dahulu dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Hanya kumpulan mereka yang mempunyai ahli lelaki dan satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli paling sedikit berjumnlah 3 orang. Sedikit bangga Khairul Anwar kerana hanya dia yang rajin untuk menghadiri program sebegini di pagi hari.

Ain menyedari beberapa muka familiar yang menjadi ahli jawatankuasa dalam program itu tetapi tidak pula dia menyedari akan mata tajam yang merenung dirinya sedari dari ketibaannya di meja pendaftaran. Senyuman malu dan mesra Ain telah menawan hatinya tanpa ragu-ragu. Tidak pula Ain menyedari kemunculan lelaki itu disisinya.


bersambung........

WANITA yang disukai Lelaki

Assalamualaikum....
segmen ilmu kita kali ini adalah mengenai sifat ataupun sikap wanita yang boleh membuatkan lelaki diluar sana tergoda ataupun meminati anda. BENARKAH? syushu rasa itu semua tidak hanya bergantung pada ciri ciri dibawah saja... tetapi mestilah dituruti bersama perasaan suka atau tertarik dengan seseorang itu.
tak pelah... kita layan dulu sikap sikap wanita yang disukai lelaki
1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 
hhmm... adakah sikap sedemikian ada pada diri kita? bagi syushu dalam satu perhubungan yang bakal dicipta kita haruslah menerima seadanya antara satu sama lain kan...  so, wanita diluar sana usah risau..

kasih anda pasti akan digilap atau pasti mereka akan nampak jika benar kasih anda ikhlas bukan... so.. jika diri anda tiada sikap diatas tak perlulah risau dan rasa nak berubah.

tak perlulah kita nampak 'cantik' dimata lelaki... tetapi sepatutnya kita risau kerana tidak nampak 'cantik' dihadapan Allah...

ilal liqa' wa maasalamah.

with Love

Friday 2 March 2012

Cinta jangan Kembali

Assalamualaikum...

cerita cinta syushu... BIARKAN IA BERLALU

maaf incik bee.. syushu citer pasal incik bee ye....

setahun lalu around april kami couple, syushu nie pun bukan nye baik sgt... kenapa nak kapel ek? rase sunyi rasanya.... and... after a few mounth kami break... .

maafkan syushu incik bee... syushu tahu syushu yang telah membuatkan incik bee membuat keputusan tu... syushu tak serius... dalam beberapa bulan kita berkapel cuma sekali kita berbual dlm telefon, itupun kurang 30 minit... dalam seminggu tu boleh dikira berapa kali kita msg... syushu pun sibuk dan malas nak bermsg-msg...salah syushu jugak kan. never serious in relationship. dan kalau incik bee nak taw muka incik bee serupa dengan arwah pakcik syushu...  Alfatihah buat pakcik syushu...

and malam tadi kita msg....

masa tu awak tengah lepakKing dengan kawan kawan awak... sempat juga awak curi masa msg dengan saya ya... but awak cakap untuk saya apa pun boleh.. 'semua pun boleh....' u make me worry.. u make me fell uncomfortable.

saya reply, saya kan kawan awak jea... but... nape awak cakap 'kita xtaw masa hadapan bukan? mungkin sekarang kawan, mana taw esok lusa. sebab awak single, saya pun single'

and saya reply, awak tahu saya single tapi tak taw hati saya single ataupun tak.
saya rasa perlu untuk menerangkan kepada awak,... hati saya telah dimiliki, yes i am MISS SINGLE but my heart has taken by MR Z.

saya cakap hati saya tak single. awak tanya kenapa. awak bold kan KENAPA?  sebab awak rasa menyesal putus dengan saya dulu. but u can accept that my heart not available for anyone but for MR Z. thank you awak.

awak terima dan pesan jika saya rasa terabai awak suruh cari awak dan awak akan tunggu saya. thanks... buat saya harap awak teruskanlah kehidupan awak ya....

insyaallah....

kita akan tetap jadi kawan sampai bila bila... thank u awak kerana sudi jadi kawan saya setelah apa yang berlaku antara kita...


A PRESENT FOR YOU INCIK BEE


notakakicinta : my love story could be story about love.relationship.and passion

THE NEW OF ME

assalamualaikum....

syushu kembali berblogger setelah sekian lama....

pada yang kenal syushu.. pembaharuan nama telah dilakukan... no more miss teddy and SS sebab SS tu nickname lain kat 1 laman blog sapa ntah...

amat terseksa rasanya tiada alat elektronik yang dapat syushu luahkan apa yang tersurat dan tersirat... so, i make one blog and hopely this is last for me.

buat kenalan baru mahupun lama syushu... silakanla follow syushu... bukan nak kumpul follower.. tapi kalau anda rasa nak ikuti kisah cinta syushu nie silakanlah ye..

tqvm u all. love from my heart.

PEACE NOR WAR