Saturday 3 March 2012

CINTA ANTARA KITA - part 1

assalamualaikum....

terpulanglah pembaca mahu menilai cerita ini dari sudut apa... hopely u guys dapat hayati kisah cinta ini....

CINTA ANTARA KITA

BAB 1

"assalamualaikum, anwar hari tu ko cakap nak join explorace anjuran kelab keusahawanan korporat kan? aku pun nak join tapi tak cukup member la, baru ade sorang... ko carila lagi sorang. kita buat group." ujar ain tidak keruan.

"ok lah, aku nak ajak widad dan hafiz. nanti pape hal aku contact ko" balas khairul anwar tanpa bantahan

fuhhh... lega.. sebaik khairul anwar nak join jugak. kalau tak memandangkan kawan punya projek memang taknak join la aku. huhu.. join pun sebab nak tolong kawan. Harinie Selasa, Jumaat explorace sabar pun ada sebab first time pula la member group ada lelaki.

              *****************************************

Kusyuk ain mendengar cerita Ustaz Haji Abdullah tanpa disedari ada mata yang merenung dari tepi. Ditambah pula bunyi tikus yang dibuat oleh pelajar lelaki yang tidak dapat dikesan siapakah perilakunya. Kelas terakhir pada hari khamis berakhir pada jam 3.40 petang agak lambat dari waktu sepatutnya kerana ustaz Abdullah tidak menyedari waktu telah melebihi jam 3.30petang. Ain yang sibuk mengemas barang ditinggalkan rakan sekelasnya Tasha dan Fizah dan mereka menunggu di luar kelas. Ain yang risau ditinggalkan cepat cepat bangun dan hampir melanggar seorang budak lelaki rakan sekelasnya, mahu menutup malu diatas kekocohan tadi, dia memberi laluan kepada budak lelaki itu.

" apesal korang tinggalkan aku, tak baik taw.. sebaik aku tak hilang " ujar ain yang masih malu atas kejadian yang hampir melanggar budak lelaki yang tidak diketahui nama itu.

" dah ko lambat sangat, kite orang tunggu la kat luar. " ujar Fizah yang sentiasa mahu cepat.

" Yela, lain kali janganla tinggalkan aku camtu, tak pasal pasal kang aku tercium orang. Naya naya.... aku nak bagi 1st kiss aku kat suami aku taw " balas ain mahu menang.

" Yela yela, lain kali kite orang tunggu. tapi ko tu cepat la sikit nak kemas barang pun.." balas Tasha yang sedari tadi hanya memerhatikan pertelingkahan antara ain dan Fizah.

telefon ain berbunyi menandakan isyarat mesej

Salam ain, esok jadi kan? Ina dah dapat sorang. kira ahli kumpulan kita cukup lima orang la kan?

Wasalam. Ain dapat cari sorang je, yang lain semua nak rehat hari Jumaat. So ahli group kita 4 orang je, ok kot. 

Tak pe la kalau ada 4 orang je, janji kita pergi explorace tu esok. pukul 8 pagi tunggu kat bustop Petronas ye.

Ok, kita jumpa esok.

             *********************************************

" Ya Allah, dah pukul 7.30pagi " tersentak Ain yang baru tersedar dari tidur. Terkocoh kocoh Ain mengambil baldi dan menuju ke bilik air. Almaklumlah bila dapat cuti sebulan sekali memangla sekali sekala nak bangun lambat kan.

Sejurus selepas mandi Ain pun menghantar mesej kepada Ina yang mereka akan keluar lewat 15 minit, ini bermakna mereka hanya akan berjumpa di bustop Petronas pada jam 8.15 pagi dan sampai di PKP pada jam 8.30 pagi. Sempat lagi Ain mencapai baju barunya yang berwarna oren tu.

Setelah bersiap Ain cepat cept memakai kasut dan memulakan perjalanan menuju ke destinasinya pada hari ini. Dalam perjalanan menuju ke bustop Petronas bertemu dengan Ina disana Ain sempat menghantar pesanan ringkas kepada Khairul Anwar supaya menunggu di PKP.

" ok, Anwar akan tunggu disana. tapi, mana Ina nie, cakap pukul 8.15pagi nak jumpa. Ha... sampai pun..."

Ain menegur Ina yang kelihatan jalan bersendirian. " Mana kawan Ina lagi sorang tu?"

" Dia tak jadi nak join, tadi Ina ketuk bilik dia pun tak de. dia dah join program lain." balas Ina.

" Tak pe lah macam tu, 3 orang je cukup je kot." ujar Ain.

Ina dan Ain bersembang sewaktu dalam perjalanan ke PKP. Almaklumlah lama juga tidak berjumpa.

telefon Ain berdering menandakn ada panggilan masuk.

" Assalamualaikum, wei. Ko kat mana nie? da sampai belum? Aku dah kat PKP nie" kecoh Khairul Anwar kerana sememangnye dia seorang yang banyak cakap.

" Waalaikumsalam, aku kat PKP la nie, ko kat mane?" balas Ain

" Tak pe tak pe, aku dah nampak ko"..... tuttt... Khairul Anwar mematikan talian

" Betuah punye budak, ade ke patut dia matikan macam tu je " ujar Ain bercakap sendirian dan Ina hanya mendengar dari tadi.

" Mana kawan Ain tu? dia kat mana?" soal Ina

" Ntah, dia cakap dah ada kat PKP and nampak kita. mana ntah dia" balas Ain

" ooiii.. TUNGGU!!" laung Khairul Anwar

serentak itu Ain dan Ina berpaling ke arah suara yang didengari mereka dan berhenti dari melangkah

" Yang korang jalan laju laju nie kenapa? penat aku nak kejar taw. " soal khairul Anwar kepenatan.

" la... kita kan da lambat. mana taknya jalan laju laju. bukan cam ko ade moto. hahaha " balas Ain

" Banyakla ko punya moto. aku jalan kesini jalan jugak " marah Khairul Anwar.

" serius? mana moto ko? rosak ke? " soal Ain

" Tak lah, aku parking kat sana tu ha " serentak itu Ain memandang kearah yang ditunjukkan oleh Khairul Anwar.

" Apela... naik moto jugak. mana jauh pun ko jalan. Nak kecoh pulak. " marah Ain

" Hehehehe.... jomlah kita pergi. " ajak Khairul Anwar

" Jomla.. ko yang dari tadi banyak cakap " marah Ain

" Jom jom.. " riang Khairul Anwar tiba tiba

Mereka bertiga menuju ke destinasi. Masih ramai juga yang belum hadir rupanya. Mereka bertiga mendaftar dahulu dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Hanya kumpulan mereka yang mempunyai ahli lelaki dan satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli paling sedikit berjumnlah 3 orang. Sedikit bangga Khairul Anwar kerana hanya dia yang rajin untuk menghadiri program sebegini di pagi hari.

Ain menyedari beberapa muka familiar yang menjadi ahli jawatankuasa dalam program itu tetapi tidak pula dia menyedari akan mata tajam yang merenung dirinya sedari dari ketibaannya di meja pendaftaran. Senyuman malu dan mesra Ain telah menawan hatinya tanpa ragu-ragu. Tidak pula Ain menyedari kemunculan lelaki itu disisinya.


bersambung........