Saturday 3 March 2012

WANITA yang disukai Lelaki

Assalamualaikum....
segmen ilmu kita kali ini adalah mengenai sifat ataupun sikap wanita yang boleh membuatkan lelaki diluar sana tergoda ataupun meminati anda. BENARKAH? syushu rasa itu semua tidak hanya bergantung pada ciri ciri dibawah saja... tetapi mestilah dituruti bersama perasaan suka atau tertarik dengan seseorang itu.
tak pelah... kita layan dulu sikap sikap wanita yang disukai lelaki
1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 
hhmm... adakah sikap sedemikian ada pada diri kita? bagi syushu dalam satu perhubungan yang bakal dicipta kita haruslah menerima seadanya antara satu sama lain kan...  so, wanita diluar sana usah risau..

kasih anda pasti akan digilap atau pasti mereka akan nampak jika benar kasih anda ikhlas bukan... so.. jika diri anda tiada sikap diatas tak perlulah risau dan rasa nak berubah.

tak perlulah kita nampak 'cantik' dimata lelaki... tetapi sepatutnya kita risau kerana tidak nampak 'cantik' dihadapan Allah...

ilal liqa' wa maasalamah.

with Love

No comments: