Thursday 8 March 2012

Hari Indah

Assalamualaikum....

orang dulu dulu kata, penghidupan kita tidak selalunya indah.. ada pasang surut nya juga,..

hari ini mungkin keciwa, sedih, marah or pelbagai lagi perasaan yang negatif.. tetapi... setiap awan mendung , hujan or ujian yang ALLAH beri kepada kita pasti ada matahari yang akan mencerahi. pasti akan datang angin kuat yang akan menjauhkan awan mendung dari kita.

berdoalah kepada ALLAH agar hari ini lebih baik dari semalam, agar ibadah kita lebih baik dari hari sebelumnya. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH

Apa yang membuatkan hati Syushu sedih? pastinya ketidakdapatan hakikat kejadian yang terjadi selasa lalu. dan semestinya Semuanya berkenaan cinta hati Syushu.. sebab apa lagi perempuan nie kalau rasa down kan? huhu..

Syushu da tekad, lepas nampak gambar tu je nak lupakan dia. (entry lepas) forever tanpa tinggalkan sedikit ruang untuk dia. tapi ALLAH pertemukan kami disaat hati Syushu mahu melupakan dia. Rasa tiada hati dijasad Syushu.. ketika saat itu, kami dipertemukan kembali. adakah itu satu petanda bahawa jodoh Syushu dengan dia kuat? Adakah 'JARAK' yang dicipta kami ini hanya sementara? Adakah dia memang pemilik tulang rusuk yang Syushu pinjam selama ini? Adakah dia yang mampu membuatkan Syushu u-turn 90% dalam kehidupan Syushu. Adakah dia yang dapat mengubah penghidupan Syushu menjadi lebih baik, bertaqwa dan beristiqamah? Hanya ALLLAH yang tahu... JODOH ITU SANGAT MISTERI

Jika 2 hari lepas Syushu rasa down sangat, tapi Alhamdulillah... hari ini ALLAH hadiahkan Syushu angin kuat yang dapat menghalau awan mendung dari bertapak dalam diri Syushu...

Segalanya merupakan aturan ALLAH, jodoh pertemuan, sakit susah.. ia tanda ALLAH sayang kan kita. jika dahulunya Syusyu harap sangat dapat jumpa si dia. berusaha supaya dapat jumpa/ terserempak si dia dimana mana.... tapi hari ini ALLAH beri Syushu peluang untuk bertentang mata dengannya walaupun sebentar. tidak diduga... niat untuk menolong kawan tanpa sebarang ganjaran... ALLAH berikan ganjaran dalam bentuk lain. rezeki dari ALLAH itu maha luas.

mengikut petanda yang Syushu lihat. dia hormati Syushu. masih mengenali Syushu. tapi Syushu masih berteka teki siapa yang ada didalam hatinya. Adakah Syushu ataupun orang lain?

Orang kata, lelaki kalau tak dapat akan berusaha bersungguh sungguh. adakah dia dalam kalangan golongan itu? Waallahualam...

apa yang mampu Syushu lakukan adalah berdoa kepada ALLAH agar jodoh kami diperkuatkan.

" Ya Rabb,..jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku, blh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu..Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dalam pernikahan tapi jika dia bukan untukku,Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati..Maka kutitipkan rasa ini,kuserahkan semuanya pada-Mu..karna semua ini adalah milik-Mu...Aamiin ya Rabbal’ alamiin "

awak.....
awak orang pertama yang benar benar mencuri hati saya
awak orang pertama yang saya lihat tersenyum bersama matanya
awak orang pertama yang saya terguling guling sebab angau
awak orang pertama yang mengebaskan muka saya
awak orang pertama yang merenung ke arah saya....

jika ada sawah dan bendang,
boleh kita menuai padi,
jika ada jodooh yang panjang,
boleh kita ketemu lagi?

notakakicinta : terima kasih kerana masih menghormati saya, terimakasih kerana masih memberikan renungan serta senyuman itu untuk saya. saya malu dan bukan tidak sukakan awak. so, jika saya alihkan pandangan saya, awak jangan kecewa ya?





No comments: