Sunday 12 August 2012

Kesan Memakan Ubat tanpa nasihat doktor



Assalamualaikum semua...

entry kedua untuk bulan ogos nie kita akan review sikit pasal kesan makan ubat ubatan tanpa nasihat dan rujukan dari doktor tak kesahla ubat tu tujuannya untuk suplemen  tambahan ke, untuk diet ke, untuk demam ke tapi kalau makan tanpa nasihat doktor pasti ada kesannya...

perasan tak anda sesetengah iklan ubat ubatan ada menulis kecil dibawah iklan or cakap yang pengambilan ubat mereka itu dengan nasihat doktor or 'dapatkan nasihat doktor' ... rupa-rupanya kita memang kena pandang serius dengan setiap perkara yang diisi dalam tubuh badan kita.

terkini kementerian kesihatan telah mengeluarkan info yang sakit sendi merupakan penyakit kedua terbesar yang menyerang kaum wanita selepas barah payudara. bahaya bukan... penyakit sendi ni boleh menyerang kaum wanita seawal 18 tahun... MUDA kan?


bila dengar je info yang dikeluarkan kementerian kesihatan time warta berita RTM dulu rasa tak sedap hati jugak sebab time tu tga ambil satu pil tanpa nasihat doktor... dan kadangkala ada rasa sakit sakit kat urat.. bengkak tiba tiba, dan bahagian yang selalu kena kat siku dan pergelangan tangan disamping dekat lutut.. dah macam orang tua sakitnya heh...

then p tanya pakcik Google and pakcik google pun bagitawla peringkat sakit sendi nie and punca - punca bagaimana penyakit nie boleh terjadi dan menyerang ramai kaum wanita di Malaysia nie.


Skroll untuk taw punca sakit sendi and pelbagai lagi laman yang memaparkan perkara yang sama


 dan yang terakhir ada mention pasal ubat ubatan.... ia menguatkan sangkaan yang sebenarnya dah ade sakit sendi... tak lama lepas tu g umah member and cakapla pasal ubat untuk diet yang dimakan tu and dia story selepas dipaksa yang dia pernah admitted hospital puncanya dengan ubat yang sama.... then makcik dia yang bkerja sbgai doktor di kemeterian kesihatan tu pun nasihatkan jgn makan ubat yang sama sebab ubat tu tak dapat apa apa kelulusan dr kementerian kesihatan itu sendiri...


after that trus stop makan ubat tu lagipun bulan puasa nak menjelma dan taknak disebabkan ubat tu tak dapat puasa pulak dan strt minum susu anlene untuk orang dewasa sebab nak kuatkan tulang dan ketahanan badan.... memang sakit .... patutla orang tua tak larat bila sakit lutut sebab terasa sakit bila bergerak....

mungkin sebenarnya ubat tu ok je... tapi tak semua badan dapat menerima kandungan ubat dan perlulah mendapatkan nasihat doktor yang pakar bukannya orang perseorangan memperlihatkan keberkesanannya.. keupayaan badan setiap individu ternyata berbeza....

dan mungkin juga cara pemakanan, cuaca dan pelbagai lagi faktor mempengaruhi kesan sesuatu ubat ubatan itu keatas tubuh badan kita....

apapun DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT UBATAN

diharapkan pembaca semua dapat jadikan cerita nie tauladan bersama.. jangan bila sudah terhantuk baru nk tergadah dan kita mempunyai HAK untuk mengubah segalanya dalam kehidupan kita dan kita juga BERHAK untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik....

akhir kata dari saya... salam sayang buat semua...

MEMASTIKAN KESIHATAN BADAN TERJAGA DAN TERJAMIN TANDA KITA TELAH BERBELAS EHSAN TERHADAP TUBUH BADAN KITA SENDIRI

No comments: