Sunday 19 August 2012

RAYA DATANG LAGI

Assalamualaikum dan salam sayang dr saya...



alhamdulillah... menjelma jua hari raya aidilfitri yang semestinya merupakan hari kemerdekaan yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat islam tak kira tua, muda, dan budak kecil semestinya...

seantero dunia menantikan syawal tetapi ternyata cara sambutan perayaan disetiap negara islam berbeza sama sekali... ada sumber menyatakan di mesir sambutan pada bulan ramadhan amat meriah dan mereka menyambut syawal secara sederhana dan ternyata berbeza dengan tradisi yang dilakukan oleh rakyat malaysia dimana jemputan rumah terbuka disana sini samaada oleh sahabat andai, jiran tetangga mahupun saudara mara.

semestinya syawal amat dinanti nantikan oleh kanak kanak kerana ketika itulah mereka dapat 'menjana pendapatan' dengan hanya mengikut ibu bapa dan merajinkan diri menziarahi sahabat andai sesama islam..

bila dah berumur 21 tahun ni, rindu rindu rindu sangat pulak dengan suasana beraya dikampung suatu ketika dahulu, dijamu dengan pemandangan sawah padi dan bayu yang melentokkan alunannya. sehari atau dua hari sebelum raya akan membantu atuk dan nenek menganyam ketupat, mengacau dodol, mengemas rumah, mengisi kuih raya dan menyediakan kelengkapan untuk raya seperti cawan dan mangkuk. pada pagi menjelang raya pula akan segera siap berbaju raya dan menolong nenek di dapur untuk menanti kehadiran ayah dan atuk pulang dari sembahyang raya, sebelum makan kami akan bersalam dan bermaafan disamping dapat duit raya. SEMANGAT RAYA TU AMAT BERLAINAN DENGAN SEKARANG ingat lagi dikala waktu itu, kalau dapat duit raya RM2 tu memang boleh cakap pakcik tu kaya dan pemurah betul la..

ternanti juga waktu menerima kunjungan 'baraan' orang orang kampung lelaki atau perempuan.  lepas je mereka datang nak sertai jugak baraan and then start moto atuk p satu rumah ke rumah yang lain. teringat lagi, tuan rumah walaupun sudah agak uzur, mahu juga menjamu dan menerima kunjungan orang kampung dengan tujuan untuk merapatkan silaturahim antara mereka, dah biasala kalau dapat duit raya cuma 20sen tu, tidak pula pernah terfikir makcik tu kedekut ke apa sebab bila melihat keadaan keuzuran tu rasa tak mampu tangan mahu menadah menerima duit raya walaupun cuma 20sen. berlainan pula dengan budak zaman sekarang, bila diberikan duit raya RM2 blh pulak cakap '2 ringgit aja' sangatlah tidak sopan. mungkin sudah terbiasa dengan wang besar yang sering ditunjukkan kepada mereka.

berbalik pada isu duit raya, ia merupakan adat yang diambil dari budaya orang cina yang dipanggil 'angpow' konsep yang kita gunakan disini adalah tuan rumah berniat memberikan sedekah dan 'sedikit kegembiraan' kepada tetamunya setelah sebulan melawan nafsu pada bulan ramadhan..

sambutan raya tahun ni agak sederhana dan kurang sikit rasa kemeriahannya krn disinilah rumah dan disinilah kampung sejak atuk sakit dan nenek meninggal 5 tahun lepas, hanya menanti kunjungan rakan taulan.... adik beradik ibu pun dah menjadikan rumah ni sebagai kampung mereka...

bila difikirkan, kasihan pula dengan kanak2 yang lahir pada tahun 1995 keatas kerana mereka tidak merasa 'sebenar2nya' raya seperti satu ketika dulu.


sekian saja dari saya,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT RAKAN RAKAN SEMUA SAMAADA YANG PERNAH BERSUA MUKA MAHUPUN TIDAK
DIHARAPKAN SEGALA SALAH SILAP SAYA, TERGURIS RASA DARI SEGI PENULISAN MAHUPUN  LISAN DAPAT DIMAAFKAN
 AMPUN DAN MAAF DIPINTA,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433


notakaki: gambar raya takde sebab baju raya pun tak siap lagi... sob s0b sob.....

No comments: